• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Biar Rakyat Putuskan Kedudukan Saya Sebagai Menteri Besar’

oleh Ahmad Albab
22/01/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, beliau menyerahkan kepada rakyat Kedah untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerjanya sebagai Menteri Besar negeri ini sejak 6 Mei, 2013.

Beliau berkata kedudukannya sebagai menteri besar adalah atas mandat dan kepercayaan diberikan rakyat serta atas perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah selepas dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

“Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini Rabu malam.

Baca: UMNO Kedah Tolak Kepimpinan Mukhriz

Petang Rabu, hampir kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Parlimen UMNO Kedah yang mengadakan pertemuan tertutup di sini telah menyuarakan hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanifah membacakan kenyataan dua muka surat bagi mengumumkan keputusan mesyuarat itu yang turut hadiri ketua-ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO negeri.

Antara pemimpin lain yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom; dan Pengerusi Tabung Haji yang juga Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]6aXjdBX5tSA[/wpdevart_youtube]

Tags: Mukhriz Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd