• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengarah Protasco Bhd Didakwa Tipu Lebih RM68 Juta

oleh Ahmad Albab
15/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pengarah Syarikat Protasco Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu menipu ahli lembaga pengarah membabitkan wang lebih RM68 juta dan membuat perakuan palsu, empat tahun lepas.

Datuk Tey Por Yee, 40, didakwa menipu ahli lembaga pengarah dan pegawai syarikat Protasco Bhd, iaitu dengan sengaja menyembunyikan maklumat bahawa tertuduh mempunyai perkaitan terus dengan sebuah syarikat yang diperbadankan di Indonesia iaitu PT Anglo Slavic Utama.

Ini mendorong mangsa memasuki satu perjanjian pelaburan dalam perniagaan minyak dan gas di Indonesia melalui pembelian 63 peratus saham syarikat PT Anglo Slavic Indonesia yang bernilai USD22 juta (RM68,393,170) dengan PT Anglo Slavic Utama.

Pembayaran pembelian saham tersebut dibuat secara berperingkat ke dalam dua akaun CIMB PT ASU, yang mangsa tidak akan memasuki perjanjian pelaburan tersebut dan membuat pembayaran pembelian saham jika mereka tidak diperdayakan tertuduh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Protasco Bhd, tingkat 2, Corporate Building Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten, Kajang, di sini antara November 2012 hingga 30 Jan 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa membuat perakuan palsu kepada Pesuruhjaya Sumpah, Wern Li Morsingh bahawa tertuduh tidak mempunyai kaitan dengan syarikat PT Anglo Slavic Utama, mana-mana pengarahnya, mana-mana pemegang sahamnya, sedangkan pada masa dia membuat perakuan tersebut tertuduh mengetahui dia mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bilik mesyuarat syarikat Protasco Bhd, tingkat 2, Corporate Building Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten, Kajang, di sini pada 25 Julai 2014.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 181 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Datin Nurshuhaida Zainal Azahar menawarkan wang jaminan RM5 juta dengan seorang penjamin bagi memastikan tertuduh hadir ke mahkamah untuk prosiding seterusnya.

“Tertuduh mempunyai syarikat di Indonesia dan Hong Kong, kami bimbang wang jaminan yang minimum tidak dapat memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah,” katanya.

Tertuduh yang diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran dan Mak Lin Kum memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu mengambil kira beberapa faktor termasuk tidak ada kebarangkalian untuk tertuduh tidak hadir ke mahkamah kerana tertuduh sendiri menyerah diri di balai polis sebelum ini.

“Tertuduh juga sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Jaminan yang tinggi seolah-olah sudah menghukum tertuduh yang belum didapati bersalah,” hujah Kumaraendran sambil menambah tertuduh bersedia menyerahkan pasport kepada mahkamah sekiranya perlu.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed membenarkan tertuduh diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 24 Feb untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes tipumahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd