• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Ikan Di Pasaran Mencukupi

oleh Ahmad Albab
15/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi jaminan bekalan ikan di pasaran mencukupi.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang mengenainya kerana kementerian akan memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi dari semasa ke semasa.

“Selain itu, harga jualan ikan sekarang adalah stabil dan tiada kenaikan harga secara mendadak. Sekiranya ada kenaikan, pihak yang berwajib perlu melakukan siasatan adakah ia disebabkan oleh orang tengah sehingga harga yang dijual kepada pengguna adalah mahal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pasar Borong Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Irmohizam Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tan Sri Badruddin Amiruldin.

“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan harga jualan ikan dan sayur di pasar borong ini selepas bertemu dengan para peniaga ikan dan sayur serta mendengar taklimat yang diberikan wakil Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dalam memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi,” katanya.

Ahmad Shabery berkata ikan yang diimport turut berperanan menstabilkan harga ikan tempatan kerana harganya yang lebih murah dan buat masa ini kementerian tidak bercadang untuk mengawal jumlah import dan ekport ikan.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian juga akan memastikan keperluan bekalan makanan mencukupi menjelang musim perayaan Thaipusam dan Tahun Baharu Cina. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyIkan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd