• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bauksit: SPRM Tahan Tiga Orang Awam Semalam

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga orang awam termasuk seorang wanita semalam, yang dipercayai terlibat dalam pembayaran wang rasuah bagi melindungi perlombongan bauksit secara haram.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata suspek berusia antara 44 dan 50 tahun, ditahan secara berasingan di sekitar Kuantan antara pukul 4 petang hingga 11.55 malam.

“Mereka dipercayai berperanan sebagai orang tengah dalam aktiviti penjualan dokumen pemindahan bijih mineral atau Borang 13D secara haram kepada
pelombong-pelombong tidak berlesen,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tangkapan baharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan berkaitan isu bauksit kepada tujuh orang.

Azam berkata semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau juga memaklumkan SPRM masih giat menjalankan siasatan bagi mengesan mereka yang terbabit dalam jenayah rasuah sehingga menyebabkan berlakunya kegiatan perlombongan haram dan ketirisan yang dianggarkan bernilai RM187 juta dari segi hasil kutipan royalti tahun lepas.

“SPRM turut menyeru orang ramai agar memberi maklumat kepada SPRM berhubung individu yang terlibat memberi serta menerima rasuah dalam isu perlombongan bauksit secara haram,” katanya.

Sementara itu, sumber kanan SPRM memberitahu suruhanjaya itu sedang mengesan beberapa pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang dalam isu rasuah bauksit.

“Pegawai dari PTG Pahang ini dikatakan terlibat memberi perlindungan kepada kegiatan perlombongan haram,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]kJr1SnnuGxk[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksitSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd