• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bauksit: Bomba Tolong Bersihkan Sebelum ‘Hantar Bil’

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Khidmat bomba bagi membersihkan kawasan yang dicemari bauksit di Kuantan, Pahang sangat diperlukan kerana keadaan yang mendesak berikutan kawasan tersebut terjejas teruk akibat kegiatan perlombongan itu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat juga mempunyai peralatan yang sesuai seperti penyembur air berkuasa tinggi untuk kerja-kerja pembersihan.

“Kita berada dalam keadaan yang mendesak kerana penduduk telah marah dengan pencemaran yang dibawa lori-lori haram yang mengangkut bauksit ke pelabuhan.

“Bomba mempunyai piagam untuk membantu rakyat, jadi itu (kerja pembersihan) bukan masalah besar,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan dan peralatan kebombaan di sini Selasa.

Baru-baru ini, beberapa pihak mempertikaikan penggemblengan anggota bomba dalam kerja pembersihan sisa bauksit termasuk anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang mahu kerajaan tidak lagi menggunakan dana awam untuk kerja pembersihan itu.

Sebaliknya, Fuziah berkata kerajaan perlu mengarahkan pengusaha perlombongan bauksit terbabit untuk menanggung kos pembersihan tersebut.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata pihaknya kini sedang berusaha mengenal pasti syarikat yang terlibat termasuk pemilik lori yang membawa bahan galian tersebut sebelum bil pembersihan diserahkan kepada mereka.

“Kalau mereka syarikat yang sah senang untuk kita bagi bil tersebut, namun bagi syarikat haram, ia akan mengambil masa untuk menyerahkan bil itu,” katanya.

Selain khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat, turut terlibat dalam pembersihan pencemaran sisa bauksit ialah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Alam Flora Sdn. Bhd. serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

“Bil dari pihak bomba tidak begitu banyak, tetapi Alam Flora sebagai syarikat konsensi akan memberikan bil itu kepada kita dan kita akan gunakan bil itu (untuk diserahkan kepada yang bertanggungjawab) seperti juga semasa perhimpunan Bersih dahulu,” kata Abdul Rahman.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini menerima lima buah jentera ‘Amphibious Rigid Inflatable Boat’ yang boleh digunakan di dalam air, kawasan cetek dan berbukit.

Jabatan itu turut menerima beberapa kenderaan termasuk 47 buah utiliti 4WD (pacuan empat roda) dan lapan buah Amphibious All Terrain Vehicles (AATV) serta peralatan menyelamat yang lain.

Mengenai musim panas dan kering yang melanda negara sekarang dan dijangka berpanjangan sehingga Mac ini, Abdul Rahman berkata, pihak bomba kini bersiap sedia untuk kemungkinan beberapa kebakaran akan berlaku akibat suhu yang melampau. – BERNAMA

Tags: bauksitBomba
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Hadir Prosiding PAC

Next Post

4 Beranak Cemas Kenderaan Dinaiki Dilarikan Penyamun

Related Posts

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

01/04/2025
0

SUBANG JAYA: Tujuh mangsa, termasuk dua warga Malaysia diselamatkan susulan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas PETRONAS di Jalan Putra...

Bomba Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Tempayan

Bomba Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Tempayan

02/03/2025
0

SHAH ALAM: Seorang budak lelaki berdepan detik cemas apabila sebahagian badannya tersangkut dalam tempayan ketika mandi dalam kejadian di sebuah...

Next Post

4 Beranak Cemas Kenderaan Dinaiki Dilarikan Penyamun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd