• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Balak Hanyut Punca Utama Jambatan Roboh – Mustapa

oleh Ahmad Albab
02/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Kejadian jambatan pecah dan roboh sehingga masyarakat pedalaman terputus hubungan disebabkan pembuangan sisa kayu balak ke dalam sungai, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Justeru itu, beliau mencadangkan kerajaan negeri Kelantan supaya menguatkuasakan satu undang-undang khusus bagi menghalang pembalak membuang sisa kayu balak ke dalam sungai.

Beliau berkata langkah itu perlu kerana selain menyusahkan masyarakat setempat akibat jambatan rosak, kerajaan juga perlu mengeluarkan peruntukan untuk membina semula jambatan yang runtuh.

“Kami mahu kerajaan negeri ambil tindakan supaya balak tak dibuang ke dalam sungai begitu sahaja, ini akan merosakkan jambatan yang dibina rendah sekaligus menyusahkan penduduk serta merugikan kerajaan,” katanya selepas meninjau jambatan di Kampung Pemberian yang roboh dalam kejadian banjir sebelum ini, di sini, Sabtu.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta bagi pembinaan jambatan kekal di kampung berkenaan.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi membina jambatan sementara untuk memudahkan urusan penduduk Kampung Pemberian menyeberangi Sungai Lebir ke Kampung Manjor.

“Angkatan Tentera Malaysia menerusi 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (7 Skn RAJD) dan Batalion 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (16 RAMD) yang berpangkalan di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas juga telah menyiapkan jambatan sementara jenis ‘jetfloat’ bagi kegunaan penduduk,” katanya.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini turut meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta bagi membina Jambatan Pulau Setelu di Gua Musang yang roboh akibat dirempuh balak dalam kejadian banjir besar pada 2014.

Hadir sama ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong Datuk Ramzi Ab Rahman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedPembalakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd