• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baju Jadi Bahan Ketawa, Rizalman ‘Back Up’ Fafau

oleh AK-47
25/01/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANUGERAH Juara Lagu ke-30 (AJL30) sudah pun melabuhkan tirainya semalam dengan lagu Potret nyanyian Akim & The Majistret dijulang sebagai pemenang anugerah muzik berprestij itu.

Namun seperti biasa, ibarat rumah dah siap tapi pahat masih lagi berbunyi, itu yang terjadi apabila ramai pihak memberi kritikan terhadap busana yang digayakan pengacara AJL30, Fara Fauzana atau lebih dikenali sebagai Fafau.

Kebanyakan netizen mengkritik pakaian yang dipakai Fafau seperti ayam belanda dan plastik sampah.

‘Bengang’ dengan kritikan itu, Rizalman Ibrahim selaku pereka fesyen busana tersebut tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.

Sebenarnya jelas Rizalman, baju yang dipakai Fafau bukanlah direka khas untuknya sebaliknya hos itu sudah kesuntukan masa mencari pakaian sehingga akhirnya mengambil keputusan menyarung gaun ready made yang tergantung di rak butik pereka fesyen tersohor itu.

Untuk pencerahan Fafau memakai baju ‘ayam belanda’nya itu dari koleksi saya tahun 2015 dua hari sebelum Anugerah Juara Lagu apabila saya sudah berlepas ke Paris akibat baju beliau yang sepatutnya dipakai direka oleh pereka lain tidak bertepatan dengan tema. Beliau tiada pilihan selain dari berlari ke butik saya dan meminjam apa saja yang tergantung di rak. Kesian dia jangan kutuk dia tau dan jangan kutuk saya jugak #runwaypiece #bukansepatutnyabajudia #sayatakaniayaorang

A photo posted by rizalman71 (@rizalman71) on Jan 24, 2016 at 6:55pm PST

 Selain Fafau, busana rekaan Rizalman itu turut dipakai penyanyi yang memenangi anugerah Vokal Terbaik, Dayang Nurfaizah. Berbanding dengan baju Fafau, gaun berwarna emas Dayang mendapat pujian daripada peminat serta pemerhati industri hiburan tempatan yang cukup tertarik dengan rekaan dan perincian yang terdapat pada gaun gemerlapan itu. – MYNEWSHUB.CC

My Dayang #hautecouturebyrizalman A photo posted by rizalman71 (@rizalman71) on Jan 24, 2016 at 7:25am PST

Persembahan Akim & The Majistret Potret AJL 30 final Anugerah Juara Lagu

Tags: AJLFesyenMuzikpenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd