• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baik Pulih Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Dimuktamadkan Jumaat Ini

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Proses baik pulih Stadium Sultan Muhammad ke-IV oleh penaja pasukan Kelantan – Vida Beauty Sdn. Bhd., akan dimuktamadkan Jumaat ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata secara dasarnya kerajaan negeri tidak mempunyai masalah dengan cadangan syarikat itu untuk menukar warna stadium dari merah-putih kepada merah jambu-putih.

“Saya akan bertemu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada Jumaat ini dan saya dimaklumkan Datuk Seri Vida (Pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman) juga akan hadir.

“Kita akan muktamadkan apa yang ada dalam idea beliau (Dr. Hasmiza) untuk kita pertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bersama Jalur Saujana Sdn. Bhd. dan ICT Incubator Centre Sdn. Bhd. yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di sini, Selasa.

Difahamkan, stadium keramat pasukan The Red Warriors itu akan dicat dengan warna merah jambu-putih secara berpetak dan bukannya berjalur.

Hasmiza, yang merupakan Penasihat Kehormat KAFA dan juga pemilik Vida Beauty Sdn. Bhd. sebelum ini dilaporkan berkata antara syarat penajaan yang dikenakan kepada KAFA termasuk menukar warna stadium, laluan dan tempat khas kepada wanita di stadium itu. – BERNAMA

Tags: KAFAStadium
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bantah TPPA: Polis Belum Terima Notis Lengkap

Next Post

KFC KLCC Enggan Layan Kerja Amal Bantu Gelandangan?

Related Posts

Remaja Meninggal Dunia Di Stadium, Tidak Sempat Tonton KDA FC Lawan JDT

Remaja Meninggal Dunia Di Stadium, Tidak Sempat Tonton KDA FC Lawan JDT

20/07/2024
0

ALOR SETAR: Remaja lelaki berusia 18 tahun rebah sebelum meninggal dunia sebelum menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah Darul...

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

05/10/2023
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan empayarnya dengan menjalinkan kerjasama dengan IKEA Tebrau dan pusat beli-belah...

Next Post

KFC KLCC Enggan Layan Kerja Amal Bantu Gelandangan?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd