Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Akur Desakan Pelbagai Pihak,...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji yang bercadang untuk menjual tanahnya di Tun...

3 Sahabat Dihukum Penjara...

KUALA LUMPUR - Tiga sahabat ‎dihukum penjara antara sembilan hingga 19 tahun dan...

Korban COVID-19 Di Seluruh...

ANKARA - Jumlah korban COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 500,000 pada Ahad,...

Pengunjung Pelahap Kena ‘Gam’

BERLIN - Seorang lelaki diharamkan masuk ke restoran sushi yang menawarkan pakej makan...

APMM Kedah Patah Cubaan Seludup Rokok Bernilai RM37,086

ALOR SETAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar rokok dari Pulau Langkawi bernilai RM37,086, petang semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Maritim 1 Langkawi, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar berkata bertindak atas maklumat risikan, pihaknya telah menahan sebuah bot pada pukul 4 petang.

“Pada pukul 3.50 petang, bot ronda APMM telah mengesan sebuah bot kayu yang tidak memiliki nombor pendaftaran yang menggunakan enjin ekor biawak di kedudukan lebih kurang 2.4 batu nautika dari Pantai Kuar menuju ke Kuala Kedah.

“Pemeriksaan lanjut telah menahan dua lelaki warga Myanmar yang dipercayai berumur 15 dan 16 tahun. Turut dijumpai 350 karton rokok di atas bot terbabit yang dipercayai diseludup keluar dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zulkarnain berkata rokok yang diseludup itu dipercayai akan diagih untuk dijual di tanah besar dengan harga yang lebih tinggi.

“Harga sekarton rokok yang dijual di Langkawi berharga RM22 tetapi mereka akan menjual semula pada harga RM37 yang membolehkan mereka memperolehi nilai keuntungan yang tinggi.

“Hasil rampasan keseluruhan rampasan termasuk bot dan enjin bernilai RM52,086,” katanya.


Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Beliau berkata selang 30 minit, pihaknya telah menahan dua bot lain yang beriringan dengan bot pertama yang dipercayai turut bersubahat dalam kegiatan penyeludupan itu.

“Dua lelaki warga Myanmar berumur 33 dan 49 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan lesen sah telah ditahan dan akan dirujuk kepada Imigresen Kedah.

“Kita percaya kesemua yang ditahan ini mempunyai perkaitan dan siasatan lanjut akan dijalankan dan pihaknya akan meningkatkan operasi di kawasan ‘titik panas’ yang menjadi laluan penyeludup,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori