• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota TLDM Ditahan Disyaki Cuba Cabul Rakan Setugas

oleh Ahmad Albab
01/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 21 tahun ditahan selepas disyaki cuba mencabul kehormatan rakan setugasnya yang juga anggota TLDM di sebuah stor di Pangkalan TLDM, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Supritendan Chong Boo Khim berkata dalam kejadian pada Rabu lalu kira-kira pukul 10 malam, mangsa yang berumur 30-an dikatakan berada di dalam sebuah stor bangunan tempat kerjanya sebelum pintu stor berkenaan diketuk suspek dari luar.

“Mangsa yang sedang bertugas kemudiannya membuka pintu berkenaan dan terkejut kerana lelaki berkenaan tiba-tiba menumbuk di bahagian kepala mangsa sebelum menolak mangsa sehingga kepala mangsa terkena almari.

“Suspek kemudiannya menindih badan mangsa. Mangsa cuba menjerit namun mulutnya ditutup dengan tangan suspek, mangsa kemudiannya mengigit jari suspek sebelum menolak suspek dan melarikan diri sebelum dibantu seorang rakan setugasnya yang lain,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Chong berkata mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada keesokan harinya iaitu pada Khamis, pukul 4 petang.

“Suspek kemudiannya ditahan oleh anggota keselamatan TLDM sebelum ditahan pihak polis kira-kira pukul 10 malam Khamis untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Ketika ditahan, suspek mempunyai kecederaan di bahagian ibu jari tangan kanan dipercayai akibat digigit dan kesan calar di bawah bibir kanan,” katanya.

Chong berkata mangsa dan suspek saling mengenali antara satu sama lain.

Beliau berkata suspek kini ditahan dan direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. – BERNAMA

Tags: kes cabulTLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd