• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amah Dan Kekasih Bunuh, Gergaji Mayat Majikan Suami Isteri

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Seorang amah warga China mendakwa bertindak mempertahan diri ketika membunuh dan mengerat mayat majikannya di Perancis pada 2012.

Hui Zhang, 34, didakwa diserang dua majikannya itu selepas bayi dalam jagaannya mati ketika tidur. Dia mendakwa, pasangan itu menyerangnya dan teman lelaki Te Lu, 34, menggunakan pisau pemotong apabila dia memaklumkan mereka mengenai kematian anak itu.

“Memang saya membunuh mereka dan saya akan menyesal sampai mati,” kata Hui.

Peguam belanya Alexis Guedj menekankan Hui sekadar mempertahan diri. Te bagaimanapun menafikan tuduhan terhadapnya selepas mendakwa pengsan ketika pergaduhan berlaku.

“Saya tidak bersalah. Ini memang satu mimpi ngeri,” katanya.

Bagaimanapun, pendakwa Chloe Arnaux mendesak hukuman berat atas alasan kedua-dua tertuduh membawa senjata tajam ketika menemui mangsa.

Selepas membunuh majikannya itu, Hui dilaporkan mengheret dua mayat berkenaan ke dalam bilik air sebelum memotongnya menggunakan gergaji elektrik dan menghidupkan mesin basuh untuk menghalang bunyi bising.

Te dilaporkan terjaga daripada pengsan dan sempat membantu memasukkan anggota badan yang dikerat ke dalam beg sampah.

Pasangan itu kemudian melarikan diri ke China, tetapi kembali ke Perancis selepas dipercayai takutkan hukuman mati dikenakan di negara asal.

Selepas anggota badan mangsa ditemui orang ramai pada Jun 2012 di kawasan hutan di Vincennes, Hui dan Te menyerah diri kepada polis dan membantu mencari anggota badan yang masih hilang. Bagaimanapun, mayat bayi itu yang juga dibuang di dalam timbunan sampah tidak ditemui. – AFP/BH ONLINE

Tags: amahkes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd