• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akademi Hoki Pahang Mampu Lahirkan Bakat Baharu

oleh Ahmad Albab
09/01/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Akademi Hoki Pahang mampu menjadi platform terbaik untuk mencungkil barisan pelapis bagi memajukan sukan itu di negara ini, kata Presiden Persekutuan Hoki Asia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah akademi itu berupaya melatih bakat muda untuk menjadi pemain berkualiti dalam usaha melonjakkan kembali imej pasukan hoki kebangsaan.

“Ini merupakan usaha terbaharu Persatuan Hoki Pahang…saya yakin ia mampu menjadi gedung pemain-pemain muda berbakat untuk membantu pasukan negara,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan akademi sukan itu dan logonya di Sekolah Sukan Pahang, yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh di sini, semalam.

Tengku Abdullah yang juga pengasas akademi itu bertitah seramai 65 pelatih menyertai akademi itu sejak program itu dimulakan pada 2013.

Terdahulu, baginda bertitah menyarankan supaya lebih banyak program pembangunan sukan hoki dianjurkan bagi meningkatkan mutu sukan itu di negara ini.

“Program mencari bakat baharu perlu banyak dilakukan supaya ada bakat muda berkualiti yang boleh menggantikan pemain lama,” titah baginda semasa berucap pada majlis itu.

Tengku Abdullah bertitah Malaysia sebenarnya mempunyai ramai bakat muda berkebolehan dalam hoki, sekali gus mampu menyerlahkan lagi bakat mereka ke peringkat antarabangsa.

Akademi Hoki Pahang mencatat kejayaan tersendiri apabila pasukan hoki negeri ini yang menjalani latihan di akademi itu, muncul juara Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun Kebangsaan dua tahun lepas. – BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd