• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Dijual Ke Selangor Bebas Pencemaran Bauksit

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Air mentah dibekalkan ke Selangor bebas daripada pencemaran bauksit, tegas Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak.

Beliau berkata air yang dibekalkan ke Selangor berpunca dari kawasan sekitar Pahang Barat seperti Raub dan Bentong, jauh daripada lokasi perlombongan bauksit di Kuantan.

“Air ini ditakung di Empangan Kelau sebelum dilepaskan ke Sungai Semantan dan dipam ke terowong yang menyalurkannya ke Sungai Langat. Isu bauksit tidak ada kena-mengena kerana ia kawasan tadahan berbeza,” katanya kepada Bernama disini, hari ini.

Mohd Soffi diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini bahawa kerajaan Selangor sedang mengkaji tahap kualiti air yang dibeli dari Pahang kerana dikhuatiri tercemar bauksit.

Mohamed Azmin berkata kajian selama dua bulan itu perlu bagi memastikan kerajaan negeri Selangor tidak menanggung kos merawat air mentah yang tinggi jika tercemar.

Mohd Soffi berkata tiada keperluan untuk Selangor mengkaji tahap kualiti air kerana perkara itu telah dinyatakan dengan cukup terperinci dalam perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak.

Perjanjian itu menyatakan kualiti air yang hendak dibekalkan mestilah memenuhi piawaian yang ditetapkan termasuk memenuhi standard dan pematuhan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tambahnya.

“Untuk menjual air, kami lakukan ujian di Empangan Kelau. Di loji air Mempateh juga ada operator Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melakukan ujian.

“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga akan melakukan ujian terhadap air yang diterima dari Pahang. Jadi saya tidak nampak ada keperluan untuk mengkaji semula perjanjian kerana semuanya sudah teratur,” katanya.

Mohd Soffi juga memberi jaminan kerajaan negeri Pahang tidak pernah berkrompromi dengan kesihatan orang awam dan sentiasa memastikan kaedah rawatan dan sumber air mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Air yang sama juga dibekalkan kepada penduduk di kawasan Pahang Barat, jadi tidak boleh dikatakan kami ambil ringan isu ini. Jika tahap kekeruhan air melebihi 1,000 NTU (Nephelometric Turbidity Units), maka loji air akan ditutup,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]1jLbbKB8xUg[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd