• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut Dalam Kemalangan Di George Town

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Tiga maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton dan Perodua Myvi di Jalan Tetembok Masjid Negeri, di sini awal pagi ini.

Mereka yang maut dalam kemalangan pukul 3.15 pagi itu ialah pemandu kereta Perodua Myvi Muhammad Syaril Azzim Mohd Sabuki, 25, dan penumpang hadapan kereta itu, Nurfaizneey Kamaruzzaman, 25, serta pemandu Mitshubishi Triton Tai Lai Keat, 38.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kenderaan pacuan empat roda dari Jalan Masjid Negeri menghala ke Jambatan Pulau Pinang itu dilapor hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Kenderaan itu merempuh kereta Perodua Myvi dan rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu dan dua lagi penumpang tersepit dan kedua-dua kenderaan remuk teruk,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata Muhammad Syaril Azzim, yang merupakan anak anggota polis, dan rakan wanitanya mati di tempat kejadian manakala Tai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Seorang lagi penumpang Perodua Myvi Mohamad Ezzudin Abdul Wahab, 21, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor kritikal, katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan.

Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat Jalan Perak berkata pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan dua mayat yang tersepit dalam kereta Perodua Myvi itu. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd