• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Thailand Minta Pakar Penerbangan Periksa Serpihan

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pihak berkuasa di daerah Pak Phanang di selatan Thailand akan membawa pakar penerbangan untuk memeriksa serpihan dipercayai daripada pesawat yang ditemukan di pantai Nakhon Si Thammarat.

Pegawai Polis Daerah Pak Phanang Sub Lt It Paijit Pongkaew berkata serpihan itu akan dibawa ke balai polis daerah itu bagi membolehkan pakar daripada sektor penerbangan dan tentera udara negara ini memeriksanya.

“Kami kini dalam proses menghubungi pihak berkuasa berkaitan dan juga tentera udara, untuk membolehkan mereka memeriksa dengan lebih teliti serpihan dipercayai daripada pesawat itu,” katanya kepada Bernama di sini menerusi telefon daripada Pak Phanang, pada Ahad.

BACA: Serpihan Pesawat Disyaki Milik MH370 Ditemui Di Thailand

Serpihan yang ditemukan itu, katanya, telah ditempatkan di kediaman ketua sub-daerah di Pak Phanang atas faktor keselamatan sebelum dipindahkan ke balai polis.

Semalam, penduduk kampung yang tinggal di kawasan pantai Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand melaporkan tentang penemuan satu objek logam yang besar dipercayai daripada pesawat, berukuran dua meter lebar dan tiga meter panjang.

Penemuan serpihan dipercayai daripada pesawat di pantai di selatan Thailand itu telah mendorong media negara ini membuat spekulasi mungkin ia ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dua tahun lepas.

Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Menurut It Paijit, walaupun serpihan ditemukan di pantai Nakhon Si Thammarat itu menyerupai bahagian pesawat, beliau bagaimanapun tidak dapat memastikannya tanpa mendapatkan nasihat daripada pakar.

“Ia (serpihan) memang kelihatan seperti daripada pesawat tetapi biar pakar periksa objek itu terlebih dahulu,” katanya sambil menambah, proses untuk memindahkan serpihan itu ke balai polis daerah akan mengambil masa dua jam. – BERNAMA

Tags: MH370Thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd