• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pelajar Malaysia Yang Cedera Akan Dipindah Ke Amman

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Urusan pemindahan dua pelajar Malaysia yang cedera akibat kemalangan jalan raya dari hospital kerajaan Mafraq ke Amman, sedang diuruskan Kedutaan Besar Malaysia di Jordan dengan kerjasama kementerian kesihatan negara itu.

BACA: Identiti Pelajar Malaysia Maut, Cedera Di Jordan Dikenal Pasti

Menurut kenyataan Kementerian Luar, dua pelajar itu Fatin Nor Syahirah Ramli dan Izam Hasif sedang menerima rawatan awal di hospital tersebut setelah terbabit dalam kemalangan yang membabitkan kenderaan yang mereka pandu dan naiki di Safawi, tidak jauh dari bandar Mafraq pagi semalam waktu tempatan.

TERDAHULU: Tiga Pelajar Malaysia Maut Kemalangan Di Jordan

Tiga rakan mereka iaitu Fatin Ikmal Izyani Che Aziz, Hana’ Azaha dan Al Najiatun Nailah Mohd Shafie maut dalam kejadian itu apabila kereta mereka dilapor dilanggar sebuah kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

Menurut Wisma Putra, kesemua mereka merupakan pelajar tahun tiga Universiti Mutah yang terletak 143 kilomter dari selatan Amman.

“Kesemua waris pelajar telah dihubungi dan urusan berkaitan sedang diatur oleh pihak kedutaan,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra yang mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa turut menghargai kerjasama dan bantuan yang diberikan kerajaan Jordan terutama menteri pengajian tinggi dan penyelidikan, menteri kesihatan Jordan, universiti Mu’tah, universiti Al Albayt, hospital kerajaan Mafraq, polis trafik Mafraq, Persatuan Pelajar Malaysia Mu’tah (PERMATA), Persatuan Pelajar Malaysia Mafraq (PRISMA) serta pelajar Malaysia di Mu’tah, Mafraq dan Irbid. – BERNAMA

Tags: kemalanganWisma Putra
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Dua petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST) terlibat dalam kemalangan...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd