• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, 8 Parah Bas Jatuh Parit Di Assam Jawa

oleh Ahmad Albab
09/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua maut, manakala lapan cedera parah apabila bas yang disewa oleh sekumpulan 47 orang warga Indonesia terbabas dan masuk ke dalam parit di kilometer 43, jalan persekutuan Klang ke Teluk Intan di Kuala Selangor dekat sini kira-kira 5 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata rombongan warga Indonesia itu dilaporkan dalam perjalanan dari Pasar Seni, Kuala Lumpur ke jeti Bagan Datoh, Teluk Intan, Perak untuk pulang ke Indonesia.

Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mayat seorang lelaki dan seorang wanita yang tersepit di bawah bas berkenaan, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 22 penumpang lagi cedera ringan, sementara 16 lagi termasuk pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Kesemua yang cedera telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tanjung Karang untuk rawatan, katanya.

Mohd Sani berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan berkenaan pada kira-kira pukul 5.05 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

“Seramai 19 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dan Tanjung Karang terlibat dalam operasi berkenaan yang tamat pada kira-kira pukul 7.10 pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah berkata, sampel darah pemandu bas berkenaan telah diambil untuk diuji dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]rxgKD1rXodc[/wpdevart_youtube]

Tags: bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd