• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Pegawai PTG Pahang Akan Didakwa Esok – SPRM

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini esok atas pertuduhan rasuah berkaitan perlombongan bauksit.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 24 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pada 13 Jan lepas, dua pegawai jabatan itu iaitu Penolong Pegawai Tanah Fadly Ab Malek, 35, dan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Syed Umar Khalil Syed Khalid, 34, telahpun dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menerima rasuah daripada seorang pelombong haram bauksit.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 seorang sementara menunggu sebutan semula kes pada 5 Feb depan.

Sehingga kini, SPRM telah menahan dan memanggil untuk direkodkan percakapan seramai 14 orang iaitu 10 pegawai PTG Pahang dan empat orang awam bagi membantu siasatan kes rasuah perlombongan bauksit. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]gsK0pdTcP7w[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksitSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd