• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Akan Terus Beroperasi, Kata Arul Kanda

oleh Ahmad Albab
13/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan terus beroperasi walaupun selepas pelan rasionalisasinya selesai, berikutan ia mempunyai tanggungjawab yang perlu dipenuhi, kata Presiden/Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda Kandasamy.

“Kemungkinan besar kami akan meneruskan 1MDB dengan tanggungjawab ini.

“Setiap tanggungjawab kini berpadanan dengan siri aliran tunai yang terikat dari segi undang-undang dengan pihak-pihak lain.

“Oleh itu, risiko tidak membayar hutang telah berkurangan dengan ketara,” katanya dalam video selama satu minit yang dimuat naik di laman Facebook Buletin TV3 hari ini.

Awal hari ini, menurut 1MDB dalam kenyataan, ia telah melaksanakan perjanjian yang diberi kuasa dari segi perundangan untuk tiga tonggak utama pelan rasionalisasinya bagi tarikh akhir enam bulan yang ditetapkan kerajaan.

Syarikat itu berkata ia kini memberi tumpuan sepenuhnya untuk melaksanakan terma-terma perjanjian dan mencapai penyelesaian.

Pembayaran sukuk RM5 bilion yang matang pada 2039 merupakan antara tanggungjawab yang pada masa ini dipegang 1MDB, selain penukaran liabiliti kepada aset dengan International Petroleum Investment Company Abu Dhabi sehingga 2022. – BERNAMA

Tags: 1MDBArul Kanda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd