• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

44 Penagih Ditahan Dalam Ops Banteras Aktiviti Haram

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 44 individu termasuk lapan wanita disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah ditahan dalam operasi bersepadu Banteras Aktiviti Haram (BAH) di sekitar ibu kota, malam tadi.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata sebanyak 479 anggota penguatkuasa daripada 19 agensi terlibat dalam operasi berkenaan di sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR), kelab malam dan rumah urut.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati 28 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine, 11 positif Opiat dan lima lagi positif ganja,” katanya di sini hari ini.

Katanya selain itu, sebanyak 32 orang turut ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas kesalahan minum minuman memabukkan manakala dua lelaki ditahan atas kesalahan berlagak seperti perempuan di kelab malam, dalam operasi empat jam bermula 11 malam itu.

Adnan berkata pihaknya akan menjalankan operasi serupa dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti haram di ibu kota.

“Sebelum ini, aktiviti penagihan dadah dijalankan di rumah-rumah kosong dan kawasan gelap, namun kini ia dilakukan di rumah penagih sendiri yang kebanyakannya di kawasan pangsapuri dan perumahan.

“Jadi kami akan lebih kerap menjalankan operasi di sekitar PPR dan kawasan perumahan bersama agensi lain bagi mengenal pasti lebih ramai penagih dadah dan berusaha membanteras gejala dadah,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ellSpFB_cc8[/wpdevart_youtube]

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khalid Dan Ismail Sabri Mohon Batal Saman Nurul Izzah

Next Post

Kastam Perak Kutip Hasil RM1.143 Bilion Pada 2015

Related Posts

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

Next Post

Kastam Perak Kutip Hasil RM1.143 Bilion Pada 2015

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd