• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siri Penerangan Isu Bauksit Di Seluruh Pahang

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang akan mengadakan sesi penerangan di seluruh negeri mengenai isu bauksit.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata sudah tiba masa untuk beliau sendiri memberikan penerangan kepada rakyat selepas berdiam diri terhadap pelbagai kritikan berhubung isu itu.

“Tunggulah …saya akan pergi buat sesi penerangan seluruh negeri Pahang untuk menerangkan isu bauksit ini.

“Penerangan ini penting untuk kita maklumkan kepada rakyat mengenai perkara sebenar berhubung isu bauksit ini, sebelum ini saya hanya berdiam diri dan memerhatikan sahaja apa yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penjenamaan semula Kolej Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP) kepada Kolej Yayasan Pahang (YPM) dan Program SMART Tahfiz di sini, hari ini.

Adnan berkata berdasarkan pemerhatian, 99 peratus masalah bauksit yang timbul selama ini adalah berpunca daripada kegiatan perlombongan bauksit yang dijalankan secara haram.

“Pejabat Tanah dan Galian (PTG) ada kuasa, kastam dan pelabuhan ada kuasa … di jalan raya pula polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada kuasa, tetapi akhirnya kita tak ada kuasa langsung untuk kuat kuasa undang-undang atasi kegiatan perlombongan haram ini,” katanya.

Pada 6 Jan, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan kerajaan memutuskan aktiviti perlombongan bauksit di Bukit Goh di sini dihentikan sementara selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Jan
lepas.

Berhubung kolej itu, Adnan berkata melalui penjenamaan semula itu beberapa pembaharuan akan dibuat antaranya menambah infrastruktur kolej selain membina sebuah bangunan baharu berharga RM30 juta bermula April depan dan dijangka siap akhir 2017 dan dijangka boleh menampung lebih 3,000 pelajar.

Selain itu, katanya bilangan pensyarah berkelayakan doktor falsafah (PhD) daripada empat orang ketika ini akan ditambah kepada 10 orang pada akhir 2016 dan 18 orang pada akhir tahun 2017.

Kolej IKIP yang ditubuhkan sejak 1992 telah melahirkan lebih 40,000 graduan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]072OXQDw63Y[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Emirates Rancang Ambil Juruterbang Malaysia Airlines

Next Post

Jangan Viralkan Maklumat Palsu Berkaitan Air Pasang Besar

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

Next Post

Jangan Viralkan Maklumat Palsu Berkaitan Air Pasang Besar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd