• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biar Kiasu, Tolak Kiasi Untuk Jayakan TPPA

oleh Ahmad Albab
27/01/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Parlimen hari ini mencuri perhatian dengan penggunaan perkataan ‘kiasu’ dan ‘kiasi’ bagi menggambarkan sikap yang seharusnya diambil rakyat Malaysia berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Membahaskan usul TPPA pada mesyuarat khas Dewan Rakyat hari ini, Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berkata rakyat Malaysia harus mengamalkan sikap ‘kiasu’ dalam erti kata tidak mahu kalah dengan memiliki daya saing yang tinggi sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menang.

“Kita mahu memperjuangkan yang terbaik untuk negara kita dan saya yakin perunding kita sentiasa mempunyai sikap kiasu apabila menjalankan rundingan dengan negara lain,” katanya.

Sikap sama, kata Liang, perlu menjadi pegangan rakyat untuk sama-sama melonjakkan negara menjadi negara maju.

Semua pihak perlu yakin dengan kemampuan dan daya saing masyarakat negara ini, katanya, sambil menambah dasar tutup pintu dalam ekonomi hanya akan merugikan negara.

Pada masa sama, kata Liang, rakyat Malaysia harus menolak sikap ‘kia’ (takut) ‘si’ (mati) – ‘kiasi’, yang mencerminkan sikap takut menerima cabaran atau mengambil risiko.

“Inilah sikap yang seharusnya ditolak kerana dengan sikap ‘kiasi’, kita tidak akan ada budaya saing ke arah mencapai keputusan cemerlang,” katanya.

Beliau turut berkata ada segelintir pihak yang gusar dengan kewujudan Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) dalam TPPA, sedangkan ISDS bukan sesuatu yang baharu.

Sehingga kini, negara telah menandatangani 74 perjanjian pelaburan dua hala dan lapan FTA yang mengandungi mekanisme ISDS.

Liang menegaskan TPPA akan memberi manfaat kepada Malaysia dalam jangka masa panjang dan ke arah itu, negara perlu menyesuaikan diri dalam persekitaran ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang kian maju dan saling berhubung.

Sementara itu, Datuk Wira Ahmad Hamzah yang juga Pengerusi Anggota Parlimen Jawatankuasa Caucus TPPA, berkata Malaysia perlu merebut peluang menjadi antara negara terawal menyertai TPPA bagi mendapat kelebihan tertentu termasuk memastikan kepentingan dan sensitiviti negara diambil kira.

TPPA adalah perjanjian persefahaman alaf baharu yang akan tetap wujud walaupun tanpa penyertaan Malaysia, kata anggota Parlimen Barisan Nasional dari Jasin Melaka semasa membahas usul itu.

Menurutnya, TPPA bukan sekadar isu perdagangan, sebaliknya meliputi beberapa skop baharu termasuk tadbir urus yang cekap, ketelusan, usaha membanteras rasuah, standard alam sekitar dan kebajikan buruh tidak dieksploitasi oleh aktiviti perdagangan yang mengaut keuntungan semata-mata.

“Saya melihat kandungan perjanjian TPPA ini adalah satu peringatan untuk negara-negara yang bergantung kepada perdagangan seperti Malaysia agar prihatin dan bersedia dengan cabaran baharu di abad ke-21,” katanya.

Beliau yakin dan percaya bahawa kerajaan membuat keputusan tepat untuk menyertai rundingan TPPA sejak tahun 2010, dan “sebagai sebuah negara yang bergantung kepada perdagangan, kita tidak boleh mengambil sikap tunggu dan lihat dalam perkara ini,” katanya.

Beliau berkata Malaysia harus berusaha untuk menerokai pasaran baharu, dan untuk terus maju ke hadapan, Malaysia perlu mempunyai strategi yang sentiasa mengambil kira perubahan yang berlaku di sekelilingnya, baik di dalam ataupun di luar negara.

Beliau menegaskan penyertaan dalam perjanjian itu akan memberi manfaat kepada syarikat tempatan, khususnya yang berorientasikan eksport dan “penambahbaikan akses pasaran ini adalah penting, lebih-lebih lagi ketika Malaysia berhadapan dengan kejatuhan harga minyak dan komoditi.”

Membahaskan perkara sama, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) memuji langkah membawa usul TPPA ke Parlimen selain kepakaran Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam mengendalikan isu TPPA.

“Kita beri pujian kepada kepakaran, kerelaan (kerajaan) kerana adakan sesi seperti ini. Saya harap ia menjadi amalan,” katanya.

Nurul Izzah Anwar (PKR-Pantai Dalam) pula membangkitkan isu mekanisme penyelesaian pertikaian antara pelabur dan kerajaan (ISDS) dalam TPPA.

Beliau berkata kerajaan perlu mengkaji lebih teliti aspek ISDS bagi mempastikan ia tidak menjejaskan kerajaan dan pekerja. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]EE3LXnU_7VY[/wpdevart_youtube]

Tags: TPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd