• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Didenda Kerana Aibkan, Bangkit Kemarahan Ahli UMNO

oleh Ahmad Albab
28/01/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Naib presiden PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini didenda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah dengan sengaja mengaib dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO menerusi satu kenyataan dua tahun lepas.

Hakim Azwarnida Afandi turut memerintahkan Ahli Parlimen Pandan itu dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mohd Rafizi, 39, membayar denda itu.

Azwarnida berkata pendakwaan berjaya menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah.

“Sewajarnya tertuduh memberi kenyataan hanya berdasarkan “Langkah Kajang” tetapi telah pergi jauh dan dilihat menyentuh sensitiviti Umno. Mahkamah turut menyifatkan keterangan tertuduh bersifat difikiran kemudian (after thought),” kata Azwarnida.

Dalam menjatuhkan hukuman tersebut, kata Azwarnida, mahkamah mengambil kira status tertuduh sebagai anggota parlimen yang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut dan boleh menimbulkan keaiban dan kemarahan orang awam.

Beliau berkata tertuduh sepatutnya lebih bertanggungjawab, peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Bagaimanapun tertuduh bernasib baik, kenyataan yang dikeluarkan tidak menimbulkan suasana tegang di kalangan masyarakat,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mohd Rafizi dengan sengaja mengaib dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO melalui kenyataannya dalam artikel bertajuk ‘Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?’ yang boleh mengancam keamanan awam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat The Edge Malaysia Communication Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara, pada 11.40 pagi, 4 Feb 2014.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Eric Paulsen, yang mewakili Mohd Rafizi, memohon mahkamahhanya mengenakan hukuman berbentuk denda atas alasan anak guamnya merupakan anggota parlimen dan kenyataan itu juga tidak menyebabkan sebarang kekacauan.

Eric berkata Mohd Rafizi juga tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian selain tidak mempunyai kesalahan lampau.

Timbalan Pendakwa Raya Roslan Mat Noor membantah rayuan hukuman denda itu kerana faktor kedudukan tertuduh tidak boleh dijadikan alasan untuk mendapat hukuman ringan.

“Mahkamah sewajarnya menjatuhkan hukuman bukan sahaja berbentuk pengajaran terhadap tertuduh tetapi untuk orang awam,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]YNgLt02b1FI[/wpdevart_youtube]

Tags: Rafizi Ramli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd