Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

FAS Tuntut Selangor Pindah...

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menuntut kerjasama daripada kerajaan Selangor...

120 Kereta Bugi Di...

NILAI - Sebanyak 120 kereta bugi (buggy) musnah dijilat api dalam kebakaran membabitkan kawasan penyimpanan kereta bugi...

Kes Guru Tunjuk Kemaluan...

Georgetown : Kes seorang guru sekolah rendah di Balik Pulau di sini, yang...

Bayi 18 Bulan Diculik...

NEW DELHI - Seorang ibu mengalami kejutan yang amat sangat apabila bayinya yang...

Peranti Terbaru Dari Samsung Tertiris, Rekaan Seumpama Gear S2

SAMSUNG Gear S2 telah diperkenalkan pada tahun lepas di mana membawakan jam pintar yang bertemakan skrin bulat.

Peranti berkenaan menerima pujian ramai, apatah lagi dengan rekaan yang cantik berbanding beberapa pesaing lain di pasaran.

Terkini, meneruskan tradisi, pihak Samsung dilihat dalam persiapan menyiapkan peranti kecergasan generasi baru, yang juga akan menjadi peganti kepada Samsung Gear Fit sebelum ini.

Peranti kecergasan baru ini dilihat membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti Gear S2 sebelum ini, termasuk rekaan skrin bulat dan juga bahagian bezel yang boleh diputarkan untuk mengawal aplikasi.

gearfit2_04gearfit2_03

Peranti ini dikatakan akan dilengkapi dengan cip Bio Processor terbaru, dan boleh memantau pelbagai perkara termasuk kadar denyutan nadi, langkah perjalanan, dan sebagainya.


Memandangkan ia memfokuskan kepada kecergasan, ia dijangka akan ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding dengan Gear S2.

gearfit2_02gearfit2_05

Tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi namun dengan gambar yang tertiris ini, tidak mustahil untuk kita melihatnya dilancarkan tidak lama lagi.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori