• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Adun Dipaksa Tandatangan Akuan Tak Sokong Mukhriz

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tidak timbul isu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah dipaksa menandatangani surat akuan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Menegaskan demikian, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau difahamkan majoriti ADUN telah membuat akuan tersebut dan mereka bertindak atas kerelaan sendiri.

“Nak sign signlah…kena ada keberanian. Anda YB, takde paksa, rela…YB kena ada stand (pendirian), itu baru wakil rakyat.

“Bukan yang boleh ditolak ke tengah ke tepi,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Ulang Tahun ke-5 Syarikat Bas Inter City Coach di sini hari ini.

Beliau mengulas maklumat yang viral di media sosial bahawa 19 daripada 21 ADUN Barisan Nasional (BN) di Kedah telah menandatangani akuan tersebut.

Suasana politik di Kedah ‘panas’ sejak beberapa hari lepas apabila Mukhriz menerima tekanan daripada ADUN dan Anggota Parlimen UMNO Kedah, serta pemimpin kanan UMNO negeri diketuai Ahmad Bashah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Krisis itu berlarutan apabila Ahmad Bashah bersama sebahagian besar kepimpinan UMNO Kedah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur Jumaat lepas.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata beliau tidak mengetahui jumlah sebenar ADUN yang menandatangani akuan tersebut kerana itu diuruskan oleh seorang rakannya yang bergelar “YB”.

Katanya, masalah membabitkan kepimpinan Menteri Besar Kedah bukan pertama kali berlaku dan beliau bersama wakil rakyat yang lain mendesak untuk tindakan itu kerana mahukan perubahan dalam kepimpinan.

Berhubung perkara itu dijadikan isu oleh parti pembangkang terutama PAS, Ahmad Bashah berkata perkara sama turut berlaku ketika PAS menguasai kerajaan negeri pada 2008 hingga 2013.

“Kami bukan hendak bergaduh tetapi hendak baiki. Kami hanya minta perubahan untuk kebaikan.

“Bukan saya seorang, tetapi 14 (daripada 15) ketua bahagian. Saya cuma Timbalan Pengerusi kena bawa hasrat semua,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]57THFkTdz08[/wpdevart_youtube]

Tags: Mukhriz Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd