Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

Jumlah Kerosakan, Kemusnahan Banjir...

KUALA KANGSAR - Jumlah keseluruhan kerosakan dan kemusnahan yang dialami berikutan bencana banjir...

JPJ Tumpu 7 Kesalahan...

GURUN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tumpuan kepada tujuh kesalahan utama yang...

Cukai Minuman Ringan, Tapi...

KERAJAAN bercadang mengenakan "cukai soda" terhadap minuman ringan yang mengandungi gula yang banyak. Menurut...

Setahun PKP: “Tak Mustahil...

KUALA LUMPUR - “Tidak mustahil, kita boleh berjaya (melandaikan kes Covid-19) sekali lagi,”...

Video: Peranti Dikatakan iPhone 6C Dengan Skrin 4 Inci Tertiris

KETIKA pertama kali dihasilkan oleh Apple, iPhone generasi pertama hanya mempunyai skrin sebesar 3.5 inci.

Saiz skrin ini dipilih kerana menurut Steve Jobs ianya saiz terbaik bagi memudahkan sebatang jari menyentuh keseluruhan permukaan skrin.

Tahun demi tahun dan dengan setiap lelaran baru, skrin iPhone kini semakin besar.

Dengan penggenalan iPhone 6 Plus, Apple akhirnya menghasilkan sebuah phablet dengan skrin 5.5 inci yang dahulunya ditertawakan sendiri oleh Jobs.

Sungguhpun saiz skrin peranti pintar semakin besar, bancian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati masih terdapat permintaan tinggi untuk peranti dengan skrin bersaiz 4 inci.

Ura-ura iPhone 6C dengan saiz skrin ini sudah berlegar sejak 6S dan 6S Plus dijual tahun lalu. Hari ini sebuah video yang memaparkan peranti yang dikatakan iPhone 6C muncul di arena web.

Dari segi rekaan ianya versi mini iPhone 6S di mana sudut bucu audio nampaknya dikekalkan.


Kepada yang mungkin berminat, terdapat juga ura-ura peranti ini akan dilancarkan pada Mac hadapan.

Kepada peminat peranti iPhone di kalangan pembaca Mynewshub, adakah iPhone dengan saiz skrin kecil ini menarik minat anda ataupun zaman peranti dengan skrin kecil sudah berakhir?

Kami secara peribadi merasakan saiz skrin 5 inci adalah yang paling sesuai dengan keperluan kami.

Cukup besar untuk menonton video dan masih membenarkan penggunaan sebelah tangan.-MYNEWSHUB.CC

Kategori

Leave a Reply