• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serpihan Pesawat Disyaki Milik MH370 Ditemui Di Thailand

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Serpihan yang disyaki bangkai pesawat telah dijumpai di bahagian pantai selatan Thailand, menurut seorang pegawai tempatan pada Sabtu, menyebabkan timbul spekulasi ia mungkin milik pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, yang hilang hampir dua tahun lalu.

Serpihan besar kepingan logam melengkung terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat, di mana penduduk kampung telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk membantu mengenal pastinya, kata ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan kepada Reuters.

“Penduduk kampung menemui bangkai itu yang berukuran kira-kira dua meter lebar dan tiga meter panjang,” katanya.

Penemuan ini telah meningkatkan spekulasi di kalangan media Thai bahawa serpihan itu berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014.

Setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi bahawa bangkai itu milik pesawat hilang itu.

Patthikongpan menambah bahawa ‘nelayan berkata ia mungkin telah berada di bawah laut untuk tempoh tidak lebih dari satu tahun, jika dilihat daripada teritip di atasnya’.

Penyiasat percaya seseorang mungkin telah sengaja mematikan transponder MH370 sebelum mengalihkannya ke arah lain, beribu-ribu batu dari lokasi asal.

Kebanyakan penumpang terdiri daripada warganegara China. Beijing menyatakan bahawa mereka mengikuti perkembangan itu dengan teliti.

Bangkai pesawat turut ditemui terdampar di sebuah pulau Reunion, sebuah pulau di Perancis pada Julai 2015 tetapi tiada lagi kesan telah dijumpai. – REUTERS/MSTAR ONLINE

Tags: MH370Thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd