Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Agong Perkenan Pembebasan Anwar...

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan memberi pengampunan penuh...

Perpustakaan KL Terbakar, 50...

KUALA LUMPUR - Tindakan pantas pengawal keselamatan dan staf Perpustakaan Kuala Lumpur di...

Akta Hasutan: Kerajaan Jamin...

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada hendak mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau memperkenalkan Akta...

Kisah Najib Di Sebalik...

Oleh: Kamarul Azman Habibur Rahman1. LAMA saya mengambil masa untuk menyusun jari jemari...

Pemandu Langgar Peserta Thaipusam Ditahan Polis

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu yang disyaki melanggar sekumpulan peserta perarakan Thaipusam hingga menyebabkan tiga maut dan tiga lain cedera parah di sini pagi tadi telah ditahan polis.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S. Markandan berkata suspek lelaki berumur 25 tahun itu ditahan selepas dia menyerah diri di balai polis trafik Jalan Bandar.

“Suspek menyerah diri pada kira-kira 7.20 malam ini dan kini sedang disiasat polis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Thaipusam: 3 Maut, 3 Cedera Dilanggar Kereta

Ditanya sama ada suspek akan direman, Markandan berkata ia mengikut keperluan.

“Jika perlu kami akan membuat permohonan reman dalam masa terdekat,” katanya.


Markandan berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kejadian yang disifatkan langgar lari itu berlaku di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur berhampiran Seri Petaling, pada jam 8.00 pagi.

Kesemua mangsa dari Senawang, Negeri Sembilan itu, merupakan sebahagian daripada sekumpulan 45 penganut Hindu yang dikatakan sedang berjalan kaki ke Batu Caves untuk menyertai perayaan Thaipusam, yang akan disambut esok. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]g0TtRSQ8c_I[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori