• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Lori Di Gua Musang

oleh Ahmad Albab
26/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Enam sekeluarga, termasuk tiga kanak-kanak, maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori di Kilometer 25 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Kampung Rantau Manis di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, pemandu kereta, Nur Amira Azudin, 23; ibunya Mardiah Drani, 48, kakak iparnya, Noor Azila Yasin, 27; serta tiga orang anak saudaranya maut.

“Tiga orang anak saudara yang maut itu termasuk anak Noor Azila, Muhammad Hadif Haykal Muhd. Hafiz yang berumur setahun enam bulan; serta pasangan kembar Siti Badrishah Ab. Rahman dan Siti Noraudah, berusia empat tahun,” katanya kepada pemberita.

Suami Noor Azila, yang merupakan abang Nur Amira, Muhd Hafiz, 30; cedera parah di kepala serta badan, dan kini dirawat di Hospital Gua Musang.

Pemandu dua lori yang turut terbabit dalam kemalangan itu, Ahmad Ismail, 37; dan Ahmad Zaki Pahmi, 30; tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Saiful Bahri berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika Nur Amira yang dipercayai cuba memotong sebuah lori bertembung dengan sebuah lori lain yang datang dari arah bertentangan.

Nur Amira dan keluarga dilaporkan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Panggong Lalat menuju ke Felda Chiku 2 untuk melawat anak saudara lelaki Noor Azila berumur empat bulan yang sakit.

Sementara itu, ayah Nur Amira, Azudin Sulaiman, 59; ketika ditemui di Hospital Gua Musang berkata keluarganya bertolak pada 8.45 pagi tadi untuk ke rumah besannya di Felda Chiku 2.

“Saya tidk dapat nak ikut mereka ziarah kerana ada kerja lain. Saya hanya sempat hantar mereka sebelum mereka bertolak pagi tadi.

“Bagaimanapun saya terkejut apabila terima panggilan mengatakan mereka terlibat dalam kemalangan. Saya tidak tahu hendak cakap apa. Saya kena terima dengan hati terbuka kerana ia ketentuan Ilahi,” katanya.

Sementara itu, sepupu Nur Amira, Asiah Che Ibrahim, 30; berkata sepupunya itu merupakan penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah ada mengunjunginya petang Jumaat.

“Arwah Nur Amira tanya kenapa tak datang ke rumah dan saya beritahu nak ke rumah mereka hari ini, tapi tak sangka mereka terlibat kemalangan hari ini.

“Rasa terkejut juga dengan kejadian kemalangan ngeri itu hingga saya sendiri tidak tahan sedih menatap wajah semua jenazah yang parah itu,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]OxCg6POzxRQ[/wpdevart_youtube]

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd