• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPPA Akan Beri Manfaat Kepada Industri Malaysia

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Industri minyak sawit, getah, perkayuan serta minyak dan gas Malaysia akan memperoleh manfaat daripada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) memandangkan ia menawarkan akses pasaran yang lebih luas.

Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Denis Low Jau Foo, berkata TPPA akan menjamin pasaran tersedia, termasuk ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat.

“Malaysia merupakan negara perdagangan yang kecil namun mempunyai industri yang sangat baik dengan keupayaan mengeluarkan barangan kepada dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu, katanya, Malaysia perlu sentiasa menjalinkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan perjanjian perkongsian yang boleh memenuhi keperluan perdagangan barangan keluaran negara ini.

“Misalnya, ketika ini Malaysia merupakan pengeluar utama sarung tangan pemeriksaan perubatan dan pembedahan dunia di samping ia berupaya mengeluar 120 bilion unit pada 2015, bertambah kepada 135 bilion pada 2016.

“Malaysia sentiasa menguasai kira-kira 63 peratus daripada pengeluaran sarung tangan itu kepada pasaran dunia memandangkan kita mempunyai FTA dengan banyak negara, dan dengan TPPA, prestasi itu akan menjadi lebih baik,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]8XJP2kr3pIo[/wpdevart_youtube]

Tags: TPPA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd