• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Kekal Di Tangga Kelima Ranking Dunia

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei kekal di tangga kelima ranking dunia terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Chong Wei kekal di posisi itu selepas mengumpulkan 73,753 mata manakala juara dunia 2015, Cheng Long dari China menduduki tangga teratas dengan 96,931 mata.

Pemain Denmark, Jan O Jorgensen berada di tangga kedua diikuti Kento Momota dari Jepun manakala bekas juara dunia dan juara Olimpik dua kali yang juga musuh tradisi Chong Wei, Lin Dan berada di kedudukan keempat.

Chong Wei, 33, kini memburu peluang menambah mata di Grand Prix Emas Masters Malaysia di Pulau Pinang, dalam usaha memasuki kelompok empat pemain terbaik dunia sebelum senarai pilihan ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil dikeluarkan.

Ia bagi memastikan peluang mendapat laluan lebih mudah di Rio kerana dapat mengelak pertembungan awal dengan tiga pemain terbaik dunia.

Chong Wei kembali beraksi di pentas antarabangsa pada Mei lepas selepas penggantungan lapan bulan atas kesalahan doping yang menyaksikan ranking dunianya daripada posisi utama merudum sehingga 180.

Beliau kemudian melonjak ke tangga ketiga pada 26 Nov lepas sebelum turun ke posisi keempat pada 3 Dis dan kelima pada 17 Dis.

Bekas pemain nombor satu dunia itu masih mencari pingat emas pertamanya dalam penampilan keempatnya di Sukan Olimpik selepas tewas awal pada edisi 2004 di Athens diikuti pingat perak dalam dua temasya terakhir di Beijing 2008 dan London 2016. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]8Fbe16VmWd8[/wpdevart_youtube]

Tags: Lee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perbincangan Dengan Najib ‘Agak Positif’, Kata Adenan

Next Post

Suka Bantu Rakan, Rahsia Ahmad Lutfi Capai Pangkat Mumtaz Sofi

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

Next Post

Suka Bantu Rakan, Rahsia Ahmad Lutfi Capai Pangkat Mumtaz Sofi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd