• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukatan Pembelajaran, Prasarana Tabika Kemas Ditambah Baik

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Penambahbaikan sukatan pembelajaran Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan menaik taraf prasarananya akan dilaksanakan tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata silibus baharu Tabika Kemas akan memuatkan elemen penghayatan pendidikan Islam dan patriotik.

Beberapa Tabika Kemas di kawasan pedalaman dan yang menumpang di bangunan lain seperti balai raya agak daif dan perlu dinaik taraf, katanya.

“Bagaimanapun proses menaik taraf Tabika Kemas akan dilaksanakan pada waktu yang sesuai dan bergantung kepada pengubahsuaian Bajet 2016 yang akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu ketika menyampaikan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) 2016 kepada 306 pelatih yang tamat kursus di Pusat Latihan Kemas, Ismail Sabri mengingatkan penerima SPAK bahawa tanggungjawab mereka bukan sekadar sebagai guru Tabika tetapi juga sebagai pemaju masyarakat.

“Pemaju masyarakat Kemas bukan sekadar bertanggungjawab kepada anak-anak di Tabika Kemas sahaja tetapi kepada masyarakat di kawasan sekitar melalui program kemasyarakatan yang diadakan selepas waktu Tabika,” katanya.

Diminta mengulas mengenai perkembangan politik di Kedah, Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO meminta semua pihak agar bertenang serta menyerahkan perkara tersebut kepada kepimpinan tertinggi parti dan kepimpinan UMNO Kedah.

“Saya percaya apa yang berlaku di Kedah tidak beri impak yang besar pada negeri lain. Apa yang berlaku di Kedah mesti mempunyai sebab-sebab tertentu yang kita sendiri tidak tahu,” katanya.

Timbalan Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah semalam mengumumkan hampir kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen UMNO Kedah telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriKEMAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd