• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pemilik Kereta Klon Ketawa Sebelum Pecut..”

oleh AK-47
22/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI MANA silap dan siapa yang sebenarnya jadi dalang melakukan kesalahan ini menjadi tanda tanya..

Persoalan itu mengundang kebingungan bukan sahaja kepada pemilik kenderaan, malah jadi perhatian orang ramai yang mempersoalkan mengapa nombor pendaftaran kenderaan sama boleh berlaku.

Itulah yang difikirkan Steeven Sinniah yang tertanya-tanya, bagaimana nombor pendaftaran WWB 559 yang didaftarkan pada kereta jenis Honda Odyssey miliknya dikongsi bersama ‘kembar’ lain.

Menerusi laman Facebooknya, Steeven menceritakan kembali detik pertemuan dengan ‘kembar’ keretanya itu ketika berada di Jalan Jelatek, Isnin lalu.

kereta klon

“The driver was having fun and laughter with his wife and a kid <5yr old.. Saw me honking and staring he tried to speed off.. (Pemandu kereta bergelak ketawa bersama isteri dan anaknya sambil memandang saya.. bila saya hon dan pandang dia mula memecut kenderaannya mahu lari),” tulis Steeven.

Steeven berkata dia mengejar kenderaan terbabit kira-kira 400 meter sebelum menemui semula MPV klon itu di Stesen LRT Datuk Keramat.

Menurut Steven kereta itu mempunyai warna serta nombor pendaftaran yang sama dengan keretanya.

Tambah Steven lagi, dia pernah menerima saman di sekitar Kuala Muda, Kedah serta saman dari Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

“Saya tidak pernah melalui jalan di Kuala Muda. Saya hairan dan rupa-rupanya ia angkara MPV klon itu,” katanya.

Steven berkata dia telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Damansara sebelum memuat naik gambar itu di Facebook sehingga menjadi viral.

Menurut maklumat terkini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan akan menyiasat aduan pengadu.

“Pemeriksaan akan dilakukan terhadap MPV klon itu di Pusat Pemeriksaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi menentukan sama ada nombor enjin kenderaan didaftarkan mengikut nombor pendaftaran MPV itu.

“Jika terdapat kesan nombor enjin cuba diubahsuai seperti dikikis maka kenderaan itu boleh disenarai hitamkan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: facebookgambar viralJPJkereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd