• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluar Pakaian Mohon Maaf Isu Selfie Sambil ‘Breastfeed’

oleh AK-47
21/01/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN isu ibu muda ambil gambar selfie sedang menyusukan anak lalu dimuat naik di Facebook yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, pemilik jenama pakaian khusus buat ibu yang menyusukan bayi memohon maaf kerana terasa tempiasnya.

Ini kerana ada dalam kalangan ibu yang dikecam kerana bertindak demikian mungkin merupakan pelanggan mereka.

Tindakan mengambil gambar selfie tersebut, biasa dilakukan pelanggan mereka yang puas hati dengan faedah yang diperoleh daripada pakaian dibeli lalu ingin memberikan testimonial kerana teruja mereka kini boleh menyusukan anak di tempat awam tanpa bimbang aurat terbuka.

Begitupun, gambar-gambar testimonial pelanggan terbabit dikaburkan wajah mereka, dan bukanlah terang-terangan untuk tontonan di Facebook peribadi.

Ibu “Menyusu Anak” Berang, Laman Parodi Nyaris Bungkus

Itulah antara penerangan yang diberikan wakil jenama Feedmilk kepada Mynewshub berkenaan isu ini.

Berikut permohonan maaf yang dimuatnaik jenama pakaian yang memudahkan ibu menyusukan bayi ini, sepertimana di muatnaik di Facebook mereka.

“KAMI MOHON MAAF ISU SELFIE SAMBIL BF “

( ibu yg menyusu sahaja WAJIB baca )

Sebagai sebuah jenama yang berdiri dengan ibu-ibu menyusu sebagai customer. Kami ingin memohon maaf di atas gambar selfie ibu yang menyusu dan telah dikecam oleh ramai orang. 

Gambar yang kami poskan dan kami terima sangat banyak bukanlah dibuat-buat. Tetapi di atas keberkesanan kami membantu mereka menyusu di tempat awam dengan teknologi ‪#‎SelamberSelak‬ ini.

Itu ialah testimoni selepas menggunakan baju menyusu feedmilk. Mereka mungkin excited dan teruja kerana sebelum ini susah untuk menyusu di public, dan bila memakai baju kami, mereka hepi dan share gambar dengan semua org untuk berinspirasi, tetapi di salah erti.

Oleh itu, Kami berbesar hati menerima gambar customer kami, tetapi gambar memakai baju feedmilk dan memegang baby itu sudah memadai.

Diharap kita semua dpt terus menyusukan anak di mana sahaja kita berada dengan baju menyusu Feedmilk walaupun mereka ramai tidak paham ttg apa kita buat dan pakai. Walaupun kdg2, sedih bila tgk ibu2 sendiri juga menjatuhkan ibu2 yang menyusu di public. Tapi mungkin die tak kenal Feedmilk lagi..hehe

*LIKE dan berikan KOMEN positif tanda anda bersama Feedmilk !

Apapunn.. Jangan SELFIE! Dan post di FB.. .

‪#‎feedmilk‬ ‪#‎nursingwear‬ ‪#‎nursingshirt‬ ‪#‎feedmilktee‬ ‪#‎leadingbrands‬‪#‎trendynursingwear‬

Tinjauan kami mendapati jenama Feedmilk ini mendapat sambutan yang cukup hangat dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi tetapi bak pesanan mereka dalam posting di atas, janganlah pula selfie dan pos di FB sekalipun teruja kerana menemui pakaian yang amat membantu urusan yang selama ini taboo ya..

Penyusuan Ibu Secara Eksklusif Rahsia Awet Muda Didie Alias 

Bos Feedmilk yang masih muda, Syafik dan Anys Syuhada.
Bos Feedmilk, Syafiq dan Anys Syuhada.

Apa pun tahniah kami ucapkan kepada pemilik jenama ini yang masih muda namun berjaya tampil dengan perniagaan unik dan amat membantu para ibu terutama kaum muslimah.

Semoga perniagaan anda diberkati dan terus berjaya.. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Feedmilkselfie
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nabila Tak Patut Muat Naik Gambar Dengan Anjing – PU Syed

01/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Seperti dijangkakan, tindakan pelakon Nabila Huda berkongsi foto ‘selfie’ bersama seekor anjing di Instagramnya kelmarin menjadi kontroversi di media...

“Saya Tidak Ambil Gambar, Cuma Guna Cermin”

09/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dirinya ada mengambil gambar swafoto atau ‘selfie’ ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd