• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Bakal Dikenakan Penyebar Maklumat Tak Sahih

oleh Ahmad Albab
18/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan akan diambil terhadap sesiapapun, termasuk orang kenamaan, yang menyebar maklumat yang tidak sahih berkaitan ancaman pengganas dalam negara di media sosial, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Perbuatan seperti itu boleh menimbulkan kegelisahan serta ketakutan di khalayak orang ramai, katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

“Saya beri amaran pada semua pihak agar tidak berkongsi mana-mana berita yang tidak sahih mengenai ancaman pengganas di media sosial. Ini termasuklah memetik sumber kerana ia serupa menyebarkan khabar angin,” katanya.

Khalid berkata mereka yang ingin kepastian dan pengesahan terhadap sesuatu perkara perlu merujuk kepada laporan yang sahih.

“Perbuatan menyebarkan laporan yang tidak sahih di media sosial bukanlah bahan gurauan yang boleh dibuat main oleh mana-mana pihak kerana ia merupakan sesuatu yang serius dan boleh diambil tindakan,” kata Khalid.

“Bagi menangani kegiatan ini, polis akan sentiasa memantau media sosial dan media dalam talian selain bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Khalid berkata orang ramai perlu melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kegiatan disyaki berkaitan pengganas di tempat mereka.

Ditanya jika undang-undang yang ada sekarang mencukupi untuk menangani ancaman pengganas, Khalid berkata ia percaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) sudah cukup kuat.

Pada masa yang sama beliau berkata polis meningkatkan kawalan keselamatan di tempat-tempat tumpuan awam bagi meyakinkan masyarakat bahawa keselamatan mereka terjamin. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]OilG3t8VnCk[/wpdevart_youtube]

Tags: khalid abu bakarpengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd