Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

Ketua Sindiket Macau Scam...

KUALA LUMPUR - Dalang utama sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang...

Suami Isteri OKU Maut...

GEORGETOWN - Sepasang suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu maut...

Wanita Maut Kereta Terbabas...

LIPIS - Seorang wanita maut selepas kereta dinaiki bersama dua yang lain terbabit...

Mangsa Banjir Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah pagi ini dengan...

Militan Daesh: Kerajaan Selangor Sedia Kerjasama Dengan PDRM

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung kegiatan jenayah termasuk ancaman kumpulan militan Daesh di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kepelbagaian kaum dan agama di Selangor bukan satu alasan untuk mana-mana pihak boleh melakukan kegiatan ekstremis.

“Kita sentiasa ada rundingan dan perbincangan dengan PDRM, tetapi lebih menjurus kepada menangani kegiatan jenayah di Selangor.

“Bagaimanapun kerajaan negeri pastinya bersedia untuk bekerjasama dengan PDRM (terhadap isu kumpulan Daesh) supaya peranan kerajaan negeri dapat dimanfaatkan dalam konteks menjaga keamanan dan keselamatan negeri,” katanya.

Azmin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan agensi-agensi kerajaan negeri Selangor di sini, hari ini.


Khamis lepas, tujuh orang – lima pengganas dan dua orang awam – disahkan terkorban dalam insiden serangan keganasan yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh, juga dikenali sebagai militan IS (Islamic State), di Jakarta, Indonesia.

Susulan insiden itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM meningkatkan amaran keselamatan negara ke tahap paling tinggi bagi menghalang insiden seumpama itu daripada berlaku di Malaysia. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]S72VZ2cwB8Q[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Daesh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori