Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

2 Wanita Didakwa Bunuh...

SEPANG - Dua wanita asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Lepas Ikuti Kelas Lakonan,...

UMUM mengetahui industri hiburan kini banyak dengan lambakan pelakon dan artis baharu. Mungkin...

Pasaran Pejabat Diterajui Penyewa...

KUALA LUMPUR - Pasaran pejabat diterajui penyewa di Kuala Lumpur (KL) terus berada...

Bajet 2018: Pembangkang Bangkang...

SAYA cukup menghormati pendirian ahli-ahli Parlimen PAS yang mengambil sikap berkecuali ketika pengundian...

Nenek Rayu Menantu Pulang Jenguk Tiga Anak

KUANTAN – Seorang warga emas hari ini merayu menantu lelakinya berusia 33 tahun agar pulang ke pangkuan keluarga menjenguk tiga anak yang kehilangan ibu mereka baru-baru ini akibat demam denggi berdarah.

Fatimah Abu Bakar, 60, berkata menantunya yang dikenali sebagai Mohd Azri menghilangkan diri dan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak serta isterinya, Norizam Mohd Razali, 34, sejak enam tahun lepas.

Katanya dia bersama anak perempuannya, Nor Shamsiah, 31, kini menjaga ketiga-tiga cucunya iaitu Mohd Arish Shamil, 6, Nor Arisya Eishariana, 9, dan Nor Arisya Syafiqah, 12.

“Hampir enam tahun ayah budak-budak ini tinggalkan anak mak cik dan cucu. Mereka tidak bercerai sebab sepanjang pengetahuan mak cik mereka tidak pernah turun naik mahkamah untuk urusan perceraian,” katanya.


Fatimah berkata demikian kepada pemberita di kediamannya di Flat Alor Akar semasa program ziarah Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Seluruh Pahang diketuai Yang Dipertuanya, Wan Azlan Wan Salleh.

Semasa hayatnya, arwah Norizam mencari rezeki dengan berniaga makanan secara kecil-kecilan di gerai berhampiran kediaman mereka, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori