• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hindari Tajaan Untuk Publisiti Murahan

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Persatuan bola sepak di negara ini diingatkan supaya mencari syarikat yang benar-benar serius dan komited sahaja dalam penajaan sukan itu dan bukannya pihak yang mementingkan publisiti murahan semata-mata.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah walaupun mencari penaja dalam sukan bola sepak diakui sukar pada masa ini, namun perkara itu perlu diberi perhatian untuk mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari.

Titah baginda antara masalah yang dikhuatiri berlaku adalah kegagalan mematuhi sepenuhnya syarat penajaan selepas perjanjian dimeterai berikutan ketidakmampuan penaja.

“Jadi kalau nak cari penaja, biar cari penaja yang benar-benar berkemampuan. Kita tak mahu nanti apabila berjanji, tak dapat ditunaikan di belakang hari,” titah baginda di sini.

Baginda bertitah demikian ketika mengulas fenomena baharu dalam sukan bola sepak negara apabila beberapa syarikat kosmetik tampil untuk menaja pasukan bola sepak baik dalam Liga Perdana mahupun Liga Super.

Antaranya ialah Vida Beauty Sdn Bhd yang dimiliki oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida yang tampil menaja pasukan Kelantan sebanyak RM16 juta.

Seorang lagi usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, pemilik syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menaja pasukan Selangor.

Selain itu syarikat kosmetik Megah Perawan turut merancang untuk menaja pasukan PKNS FC dengan nilai jutaan ringgit.

Mengulas senario itu, Tengku Abdullah bertitah ia satu perkembangan yang baik dan sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan imej sukan bola sepak di negara ini menerusi penajaan yang diberikan.

“Kita alu-alukan mana-mana individu dan syarikat hendak menaja pasukan bola sepak negeri, bergantunglah kepada budi bicara mana-mana pasukan sama ada hendak menerima atau menolaknya,” titah baginda.

Titah baginda, masih terlalu awal untuk membuat penilaian sama ada penajaan daripada syarikat kosmetik ini mampu mengubah landskap sukan tersebut di negara ini.

“Soal mengubah landskap bola sepak, jadi lebih meriah, saya ingat kita perlu tunggu dan lihat,” titah baginda. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]bwOLBrg-EkE[/wpdevart_youtube]

Tags: Tengku Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Datuk Seri Jual Duit Emas Potret Sultan Pahang

09/01/2019
0

KUANTAN - Seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan selepas dipercayai terbabit dalam urusan penjualan syiling emas menggunakan potret Sultan Pahang,...

Media Arus Perdana Perlu Pantas Tepis Berita Palsu

05/12/2018
0

KUANTAN - Media memain peranan penting untuk menyebarkan sebarang berita dan maklumat penting dengan tepat demi menjamin kestabilan dan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd