• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pecah Rumah Di Jajahan Kota Bharu Meningkat

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kes pecah rumah di jajahan Kota Baharu mencatat peningkatan kepada 26 kes sejak 1 Jan hingga semalam berbanding 11 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Baharom Abu berkata masyarakat perlulebih prihatin dengan memantau keselamatan kawasan kejiranan masing-masing bagi mengurangkan kes pecah rumah itu.

“Jiran terdekat perlu mengambil tindakan segera menghubungi polis sekiranya terdengar bunyi atau melihat sesuatu yang mencurigakan dari rumah jiran mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Baharom berkata dalam kes terbaharu semalam, seorang lelaki ditahan selepas disyaki memecah masuk tingkat atas sebuah rumah yang disewa oleh seorang doktor di Kubang Kerian.

Dalam kejadian pukul 4.15 pagi itu, suspek dipercayai mengumpil jeriji pintu depan rumah yang ditinggalkan penyewa kerana sedang bercuti sebelum mengambil beberapa barangan berharga seperti satu unit PlayStation, sebuah komputer riba dan sebuah telefon bimbit, yang dianggarkan bernilai RM4,000.

“Suspek tidak sempat melarikan diri dan berjaya ditangkap polis selepas polis menerima panggilan daripada jiran mangsa yang juga tuan rumah itu yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya.

Baharom berkata pihaknya turut menemui sebuah beg berisi satu unit pemotong wayar, pemutar skru, dua batang besi pembuka tayar dan satu batang besi bermuncung tirus yang dipercayai digunakan untuk memecah masuk rumah terbabit.

Katanya hasil siasatan mendapati suspek yang berumur 31 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau tetapi dipercayai seorang penagih dadah.

“Kita amat mengalu-alukan tindakan pantas seperti yang dilakukan pengadu ini sehingga pihak polis berjaya menangkap penjenayah dengan lebih cepat,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9gRmWJqz5G4[/wpdevart_youtube]

Tags: pecah rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

Polis Buru Lima Suspek Cuba Pecah Rumah

16/06/2025
0

KAJANG – Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di sini pada Sabtu lalu. Ketua...

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

03/12/2024
0

BATU PAHAT: Wanita etnik Rohingya yang baru habis berpantang dan memiliki 54 rekod jenayah termasuk kes pecah rumah didakwa bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd