• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapten Kapal Tunda Maut Dalam Kemalangan Di Dungun

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Seorang kapten kapal tunda maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya hilang kawalan di Kilometer 101.5 Jalan Kuantan – Kuala Terengganu berhampiran Masjid Hadari, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, mangsa Asulmi Mohamad @ Awang, 31, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Nahas itu dipercayai berlaku selepas kereta Perodua Myvi yang dipandu rakannya Ab Azim Ab Wahab, 28, hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di kiri jalan.

Susulan dari rempuhan tersebut mangsa yang bekerja di Pelabuhan Kerteh tersepit di tempat duduk penumpang hadapan hingga terpaksa dikeluarkan oleh pasukan bomba yang dianggotai seramai lapan orang.

Mangsa berjaya dikeluarkan 15 minit kemudian, bagaimanapun disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan manakala rakannya hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketika kejadian mangsa yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak dikatakan baru pulang belayar dari Batam, Indonesia serta dalam perjalanan ke rumahnya di Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu dari pelabuhan Kerteh.

Rakan mangsa Abdul Karim Aziz, 55, berkata beliau tidak menyangka kemalangan tersebut telah meragut nyawa rakan sekerjanya itu kerana kali terakhir mereka berjumpa pada Rabu lepas.

“Arwah baru sahaja dinaikkan pangkat menjadi kapten kapal pada tahun lepas dan bila majikannya mengarahkan dia untuk pergi bertugas di sana, saya lihat dia sangat gembira dan beria-ia sangat hendak pergi.

“Minggu lepas sebelum pergi bertugas, dia ada mengadu badannya sakit-sakit dan tidak sangka itu merupakan perbualan kami yang terakhir sebelum dia naik ke sana dan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan rakannya turut menerima rawatan di hospital yang sama. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]5CKW8bIfE3o[/wpdevart_youtube]

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd