• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bangladesh Cedera Ditetak Dalam Kejadian Samun

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang lelaki warga Bangladesh mengalami kecederaan parah di kepala dan tangan selepas ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian samun di sebuah flat di Mak Mandin, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Azmi Adam berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu mangsa yang berusia 26 tahun baru pulang bekerja dari sebuah kilang di kawasan berkenaan sebelum didatangi lima lelaki.

“Semasa kejadian mangsa baru sampai di tingkat bawah flat itu dan hendak naik ke rumahnya apabila lima lelaki itu menghampirinya dan meminta dia menyerahkan wangnya.

“Mangsa yang pada mulanya enggan menyerahkan wang bertindak mempertahankan diri sebelum lelaki-lelaki terbabit mengeluarkan pisau dan parang serta menetak lelaki Bangladesh berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya selain ditetak, mangsa turut dipukul dan lima lelaki itu bertindak mengambil wang tunai sebanyak RM200 milik warga Bangladesh berkenaan sebelum meninggalkannya di tempat kejadian.

Azmi berkata mangsa kemudiannya menjerit meminta tolong dan dia dibantu penduduk di situ sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

Katanya mangsa mengalami kecederaan luka di kepala dan tangan kanan akibat ditetak dan lebam di beberapa bahagian badan termasuk muka.

Dia dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital.

Beliau berkata usaha mengesan lima lelaki dipercayai berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang terlibat dalam kejadian berkenaan giat dijalankan.

Katanya kes itu disiasat menurut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]aZrpQUDQMYQ[/wpdevart_youtube]

Tags: samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd