Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Mayat Wanita Reput Dijumpai...

KOTA KINABALU - Mayat seorang wanita berumur dalam lingkungan 20-an, ditemui dalam keadaan...

Marahkan Myvi, Wanita Hamil...

IDENTITI enam ahli Familia Myvi Club (FMC)  yang berlumba masih lagi menjadi tanda...

Liverpool Kembali Rampas Takhta...

LIVERPOOL - Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim...

Wanita Ugut Nak Dedahkan...

SEORANG lelaki berusia 47 tahun yang pernah melakukan hubungan seks dengan bakal menantunya...

Hakim Mahkamah Rayuan Ketuai 68 Penerima Pingat Kedah

ALOR SETAR – Hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan Datuk Aziah Ali mengetuai senarai 68 penerima darjah dan bintang kebesaran negeri bersempena Hari Keputeraan ke-88 Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini.

Beliau bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Othman Mahmood menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyampaikan darjah berkenaan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, dekat sini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan menerima darjah Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk bersama tiga penerima lain.

Tiga penerima darjah berkenaan ialah Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Kedah Syeikh Abdul Rahman Abdullah, Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War (KLFCW) Prof Salleh Buang.

Sebanyak 45 orang pula menerima Darjah Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk. Mereka termasuk Pengarah Pendidikan Negeri Datin Azuyah Hassan dan dua anggota exco kerajaan negeri Kedah, Aminuddin Omar dan Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

Penerima lain ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Nor’Azura Mohamed Zohdi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Pembangunan Langkawi Rozaina Datuk Paduka Radzi, Pegawai Daerah Kulim Md Zuki Siru, Pegawai Daerah Sik Mohd Zohdi Saad, Pengarah Infantri Jabatan Arah Infantri Markas Tentera Darat Brig Jeneral Datuk Azlan Abd Rahman dan Komandan Kolej Tentera Udara Kepala Batas Brig Jen Datuk Johnny Loh Kok Kong.

Turut menerima darjah berkenaan ialah Panglima 6 Briged Markas 6 Briged Kem Sungai Layar Sungai Petani, Brig Jen Mardzuki Muhammad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan Malaysia Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia Chin Phaik Yoong, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Mohd Jamidan Abdullah dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Kedah Samsudin Bakar.

Turut dianugerah DSDK ialah Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab Beg Mirza, Setiausaha Pembangunan Pelajaran Kementerian Pendidikan (KPM) Khalid Abu Bakar, Pengarah Naziran dan Penyeliaan 2 Jabatan Peguam Negara Azizah Mahamud, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM Abdullah Mad Yunus dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Syeikh Abdullah Awang Sa.


Penerima yang lain ialah Pendaftar Management and Science University (MSU) Zokrie Othman, Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Malaysia Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perkhidmatan Kaunseling Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi dan Pakar Kardiologi Putra Medical Centre Dr Chan Jit Wooi.

Turut sama dianugerah DSDK ialah Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Prof Dr Ahmad Hidayat Buang, Pakar Perunding Kanan Anestesiologi Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah Dr Md Mortadza Ramli, Ketua Penerangan Wanita UMNO Kedah Sharifah Maznah Syed Kassim dan Naib Pengerusi Perhubungan Negeri Parti Gerakan Rakyat Kedah Tan Po Kiat.

Penerima lain ialah Pengerusi Majlis Professor Universiti Malaysia Perlis Prof Dr Ali Yeon Md Shakaff, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kuantitatif Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia Prof Dr Abdul Razak Saleh, Ketua Pegawai Eksekutif Vista Property Management (Kulim) Sdn Bhd Chew Chong Teck dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan N.U.R Power Sdn Bhd (Kulim) Abd Rahim Md Noh.

Turut dianugerah darjah berkenaan Pengerusi Eksekutif EG Industries Berhad (Sungai Petani) Tai Keik Hock, Pengarah Urusan Belleview Group (Penang) Datuk Ho Kiong Chan, Yang Di Pertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kedah Ir Ahmad Fitri Othman, Pengarah Urusan Golden Victory Enterprise Chan Kok Hwa @ Tan Ah Song dan Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Hor Tek Lip @ Hor Tet Lip.

Penerima lain ialah Ketua Jabatan Sukan dan Permainan AIMST University S Ananthan, Setiausaha MCA Kedah Ooi Eyan Hian, Pengurus Besar Hotel Bayview Langkawi Lee Kun Seong, Rakan Niaga Petronas Setapak Mesra Enterprise (Kuala Lumpur) Chong Swee Lim, Pengarah Urusan Mahajaya Berhad (Selangor) Tan Ming Wai dan Pengarah Urusan Tenzin Heavy Machinery (Malaysia) Chng Chong Teck.

Turut sama dianugerah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Marine Heavy Engineering Holdings Berhad Abu Fitri Abdul Jalil, Penasihat Kanan Supply Chain Management and Special Liaison Rahim Ismail dan bekas Pengurus Besar MADA Allahyarham Md Zuki Ismail.

Bagi Jaksa Pendamai (JP), seramai 17 orang menerima anugerah tersebut antaranya Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Kedah Haris Che Mat, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Jeneri Mahadzir Abd Hamid, ADUN Kupang Datuk Harun Abd Aziz, dan Pengarah Kumpulan Kaisar Datuk Seri Norazam Shah Ibrahim. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]lxilFI6i1O0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori