• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Servis Restoran Dikritik Lembab, Fizo Omar Mohon Maaf

oleh AK-47
03/02/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, pengacara dan ahli perniagaan Fizo Omar yang sebelum ini dilaporkan berang apabila restoran miliknya, Fizomawar Kitchen yang baru tiga minggu beroperasi telah dikritik teruk oleh seorang blogger akhirnya tampil memohon maaf.

BACA: Fizo Omar Berang Servis Restorannya Dikritik

Antara kritikan yang diterima ialah perkhidmatan di restoran berkenaan lembap dan harga tidak berpatutan.

Menurut pengacara program Nasi Lemak Kopi O di stesen TV9 ini, perkara tersebut akan dijadikan pengajaran dalam meningkatkan mutu perkhidmatan restoran itu kelak.

“Sekiranya apa yang dimuat naik dan disebarkan itu berlaku, saya wajar bertanggungjawab. Justeru, saya tidak menyalahkan teguran dan kritikan mereka. Malah, saya beruntung kerana masih ada individu yang sudi mengambil berat.

“Dalam keadaan itu, apa saja boleh berlaku dan ada pelanggan yang terpaksa beratur. Justeru, dengan rasa rendah diri saya mohon maaf jika ada yang terpaksa menunggu lama.

“Saya anggap tindakan mereka menulis di laman sosial dan membuat ulasan di blog itu adalah cara terbaik. Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, sudah tentu saya tidak tahu kelemahan perniagaan saya.

“Tambahan pula, sebelum ini saya jarang berada di restoran atas utusan kerja lain. Alhamdulillah, selepas beberapa insiden, banyak perkara sudah diperbetul dan dipertingkatkan. Satu daripadanya memberi teguran kepada pekerja terbabit,” katanya.

Sementara itu, Fizo turut meluahkan rasa syukur apabila restoran miliknya semakin mendapat sambutan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

Tags: Fizo Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fizo Omar Pilih Fazeera Sebagai Suri Hatinya

22/10/2021
0

PELAKON, Fizo Omar, 36, melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort,...

“Fizo Telefon Ayah Minta Maaf” – Hawa Rizwana

05/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyampai berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, mengakui pelakon dan usahawan, Fizo Omar meminta maaf...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd