• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Baharu Sahaja Meninggalkan Kawasan Letupan”

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR –  Seorang warga Malaysia, Nasharudin Mat Isa dalam perjalanan balik ke hotelnya di Jakarta selepas menghadiri mesyuarat apabila kenderaan dinaikinya terpaksa dilencongkan polis ke laluan yang lebih jauh.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) sempat bertanya kepada seorang anggota polis mengenai kekecohan tersebut sebelum dimaklumkan berlaku letupan di Jakarta.

“Kami baharu sahaja meninggalkan kawasan tersebut kira-kira empat hingga lima minit lebih awal,” katanya dalam satu temubual dengan portal mStar Online menerusi telefon dari ibu kota Indonesia itu.

Nasharuddin yang juga bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, sebaik sahaja tiba di lobi hotel berkenaan, beliau berasa hairan apabila melihat keadaan begitu sunyi sepi dan cukup lengang.

“Berdasarkan hasil pengalaman saya sendiri pernah tinggal di Grand Hyatt sebelum ini, ruang lobi hotel itu di Plaza Indonesia sentiasa sibuk dan dipenuhi orang ramai sepanjang masa,” katanya.

Menerusi jendela tingkap daripada bilik hotelnya, beliau boleh melihat ada helikopter berlegar-legar di ruang udara pusat bandar raya Jakarta dan banyak kenderaan polis bergerak ke kawasan insiden letupan.

Hotel tersebut terletak hanya 800 meter dari lokasi letupan di Jalan MH Thamrin No.9, tetapi Nasharuddin berkata beliau tidak bimbang bahawa hotel tersebut mungkin menjadi sasaran pengganas.

“Kawalan keselamatan amat ketat di hotel ini. Mereka memeriksa semua kenderaan jika terdapat sebarang bahan letupan dan pemeriksaaan badan bagi semua orang yang memasuki hotel. Jadi ia kelihatan selamat,” katanya.

Pada Julai 2009, Hotel JW Marriot dan Ritz Carlton di Jakarta pernah menjadi sasaran pengebom berani mati yang menyaksikan beberapa kematian dan kecederaan. – mStar Online

Tags: letupan bomNasharudin Mat Isa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

02/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan bom yang mencederakan lapan orang di sebuah kafe di hab teknologi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd