• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usahawan Muda, Kevin Poon Kongsi Rahsia Kejayaan

oleh Ahmad Albab
13/01/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kevin Poon ialah seorang usahawan muda Hong Kong yang mempunyai beberapa bisnes yang berjaya. Beliau seorang pengasas bersama untuk jenama streetwear CLOT.

Beliau juga membuka rangkaian butik JUICE di negara-negara Asia termasuk di ibu kota Malaysia. Pada tahun 2014, Poon membuka kedai kopi yang diberi nama Elephant Grounds.

Menariknya, kesemua perniagaan Poon bermula dengan minat dan sudah pasti beliau menjumpai formula bagaimana menukarkan minat menjadi satu bisnes yang berjaya.

Kevin Poon didefinasikan sebagai usahawan moden, seseorang yang selalu mencabar kreativiti dan bertungkus lumus mengejar apa saja minat yang bermain di dalam kepala.

Semua kejayaan Poon hadir bersama pakej ujian, cabaran dan etika kerja yang tinggi ditambah dengan pengalaman bekerja dalam industri muzik.

Remy Martin telah memilih beliau sebagai personaliti pertama untuk “Circle of Centaurs” untuk memberikan kata-kata mutiara melalui beberapa siri video dengan setiap video mempunyai cabaran kreatifnya tersendiri.

Dalam video pertama, Poon berkongsi pandangan tentang keberanian untuk mencuba sesuatu, untuk tidak mengikut default perjalanan yang telah diaturkan sejak kecil dan berani untuk melakukan kesilapan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=IpY7o1RE7jA]

 

Kita dapat belajar bagaimana sesebuah muzik itu kadang-kadang penting untuk membuatkan kita sentiasa terinspirasi dan memberikan kita idea-idea segar.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=tBotVExaFiQ]

 

Dalam segmen ini, Poon bercakap tentang bagaimana untuk mencari kumpulan orang yang berkongsi minat dan cita rasa yang sama. Berhubung dengan orang lain merupakan satu kemahiran.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=t3vZVZuN5AA]

 

Dalam bahagian ke-4, Poon bercakap tentang menguruskan orang. Beliau mengamalkan ‘natural progression’ dan ‘pengurusan tanpa pengurusan’.

Beliau juga seorang yang suka menolong orang lain. Namun beliau berpesan untuk kita tahu had keupayaan kita dan bila untuk meminta tolong daripada orang lain.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=EJUPTR42FmY]

 

Penutup siri video ini, Poon memperkenalkan projek terbarunya iaitu TOPFIT, sebuah hub untuk penduduk-penduduk tempatan yang bercita-cita untuk mendapatkan kesihatan dan kehidupan yang baik.

Beliau juga menegaskan, apabila kita sudah memilih untuk melakukan bisnes, kita perlu melakukannya bersungguh-sungguh bukan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Dan selagi kita melakukan perkara-perkara baik, peluang untuk orang mengetahui projek kita tetap ada.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=P0QFKVeO3qk]

Tags: Hong Kongusahawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan harga petrol negara lain jauh lebih mahal berbanding...

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd