• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zainal Optimis Pahang Mampu Tumbangkan Selangor

oleh Ahmad Albab
03/12/2015
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan optimis anak buahnya berupaya untuk bangkit pada saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia di gelanggang lawan setelah hanya mencatat keputusan seri di Stadium Darul Makmur di sini semalam.

Zainal berkata pasukan kendaliannya memiliki banyak peluang keemasan untuk meledakkan gol tetapi nasib tidak menyebelahi mereka ketika turun menentang Selangor sehingga terikat 0-0 di halaman sendiri.

“Semalam bukan malam kami kerana kami terlepas banyak peluang untuk menjaringkan gol di separuh masa pertama dan kedua.

“Para pemain mempamerkan disiplin yang tinggi dan melaksanakan tugas dengan baik tetapi kami masih tidak dapat menghasilkan gol yang diharapkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu di sini.

Beliau berkata skuad Tok Gajah harus diberi pujian kerana berupaya bertahan dengan baik sambil menyerang dari pelbagai sudut dalam usaha merobek gawang lawan walaupun akhirnya terpaksa akur dengan keputusan seri.

Zainal berkata tidak mustahil bagi Pahang untuk mencatat kemenangan ke atas Selangor pada Ahad ini sekali gus mara ke final Piala Malaysia berdasarkan prestasi yang ditonjolkan para pemain.

“Saya akui ia satu tugas berat apabila bermain di Stadium Shah Alam tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil untuk menang dan Pahang pernah melakukannya dan akan mengulanginya.

“Jadi kini kami perlu menajamkan bahagian serangan dan meningkatkan disiplin dua kali ganda berbanding di Kuantan untuk memastikan kami berjaya melangkah ke pentas final musim ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Piala MalaysiaSkuad Tok Gajah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

JDT Buat Lagi, Layak Ke Final Piala Malaysia Kali Keenam

09/04/2026
0

JDT nampaknya sekali lagi 'buat benda yang sama' layak ke final Piala Malaysia untuk kali keenam berturut-turut sejak 2019. Penampilan...

JDT ‘Tapau’ KL City 4-0, Sebelah Kaki Ke Final Piala Malaysia 2025/26

JDT ‘Tapau’ KL City 4-0, Sebelah Kaki Ke Final Piala Malaysia 2025/26

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir pasti menempah tiket ke pentas akhir Piala Malaysia 2025/26 selepas membelasah Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd