• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujud Pengkalan Data Graduan Menganggur

oleh Ahmad Albab
12/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wakil UMNO Melaka hari ini mencadangkan supaya satu sistem pangkalan graduan menganggur diwujudkan bagi mengumpul peluang-peluang pekerjaan dan memadankannya dengan kelayakan calon.

Ketua Puteri UMNO Kota Melaka Haryaty Hamdzah berkata sistem itu berperanan memantau perkembangan peluang pekerjaan di dalam dan luar negara serta mengenal pasti graduan yang berpotensi.

Beliau berkata ini berikutan statistik pengangguran graduan di negara ini yang tinggi iaitu seramai 454,000 orang pada tahun lepas.

“Lebih menyedihkan 57 peratus daripada jumlah itu adalah wanita walaupun dalam IPT (Institut Pengajian Tinggi) golongan wanita melebihi 70 peratus daripada keseluruhan pelajar,” katanya ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 di sini hari ini.

Haryaty, yang juga Ketua Penerangan Puteri UMNO, turut mencadangkan peranan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) diperkasakan.

“Tumpuan utama anak muda mencari pekerjaan kini secara dalam talian kerana ia lebih menjimatkan, jadi agensi pekerjaan seperti JTK dan PSMB perlu lebih efisien setaraf dengan agensi mencari pekerjaan swasta yang lebih tertumpu kepada dalam talian.

“Agensi tersebut juga perlu memaparkan maklumat yang bermanfaat, menyediakan pegawai yang cekap dan mesra pelangan bagi memudahkan anak muda meraih maklumat pekerjaan yang bersesuaian dengan jurusan atau potensi mereka,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]1dM7YL4nr-A[/wpdevart_youtube]

Tags: graduan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

Graduan Dituduh Memandu Bawah Pengaruh Alkohol Sebabkan 2 Kematian

12/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Seorang graduan yang baru menamatkan pengajian di universiti luar negara didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

NC UA Bentang Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera, Sasar Lahirkan Graduan Kompetitif

NC UA Bentang Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera, Sasar Lahirkan Graduan Kompetitif

27/02/2024
0

Naib-Naib Canselor Universiti Awam (UA) membentangkan Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera kepada Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd