• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wabak Kepialu Di KL Dan Selangor Berakhir

oleh Ahmad Albab
07/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Wabak tifoid atau demam kepialu yang dilaporkan di Kuala Lumpur dan Selangor pada Ogos lalu telah berakhir selepas tiada kes baharu direkodkan mulai 20 Okt lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak 71 kes kepialu direkodkan namun tiada sebarang kes kematian berlaku.

“Faktor risiko yang dikenalpasti menyebabkan wabak ini, adalah premis makanan tidak bersih serta pengendali makanan tidak mengamalkan kebersihan, tidak menghadiri kursus pengendalian makanan dan tidak mendapat suntikan pelalian tifoid,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Dr Noor Hisham berkata sepanjang wabak dikesan, 906 premis makanan telah diperiksa dan daripada jumlah itu 327 premis diarah tutup di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Sementara itu, jumlah pengendali makanan yang diperiksa adalah seramai 3,324 orang dengan 617 daripadanya tidak mendapat suntikan pelalian tifoid, katanya.

Dr Noor Hisham berkata sepanjang tempoh itu juga 49 kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik premis makanan yang menggaji pengendali makanan tanpa rekod suntikan tifoid yang sah.

“Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memberi perhatian tinggi terhadap tahap kebersihan, makanan dan minuman yang diambil bagi mengelakkan jangkitan tifoid dan lain-lain penyakit bawaan makanan dan air,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata pihaknya akan sentiasa memantau kejadian demam kepialu bagi memastikan tindakan pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan.

Pada masa sama tambahnya kementerian akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 bagi memastikan faktor risiko penyakit bawaan makanan amnya dan jangkitan demam kepialu khususnya dapat dicegah. – BERNAMA

Tags: demam kepialu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Demam Kepialu: 4 Telaga Di Kelantan Mengandungi Bakteria

11/11/2015
0

KOTA BAHARU - Siasatan pihak berkuasa kesihatan setakat ini mendapati empat buah telaga di Kelantan positif bakteria jenis 'Salmonella Typhi'...

Tandas Awam Perlu Dijamin Bersih Untuk Cegah Wabak Demam Kepialu

01/11/2015
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengingatkan mana-mana pemilik stesen minyak mahupun pemilik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd