• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh Segera Majlis Keselamatan Air Negara

oleh Ahmad Albab
20/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sekali lagi digesa supaya menubuhkan segera Majlis Keselamatan Air Negara (NWSC) khusus untuk menangani serta membanteras kes-kes kemalangan air seperti lemas.

Menggesa demikian, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, insiden mati lemas di negara ini semakin membimbangkan, yang kini berlaku hampir setiap bulan.

Terbaharu, lima anggota sekeluarga lemas ketika mandi manda di Air Terjun Belukar Bukit di Hulu Terengganu semalam.

Lima Sekeluarga Mati Lemas Di Hulu Terengganu

Semua mangsa yang berasal dari Selangor itu ialah Abdul Halim Samian, 44; isterinya Nurul Adila@Salawati Awang, 39; dan anak-anak – Nurul Arifah Abdul Halim, 16; Nurul Aina Abdul Halim, 11; dan Nurul Izah Abdul Halim, 10.

Dalam satu kenyataan, Lee berkata, “Ini (kes lemas) adalah satu perkara yang membimbangkan tetapi masih diabaikan. Di Malaysia, tidak ada satu pihak berkuasapun untuk menangani isu mati lemas”.

Lee berkata ini berbeza dengan kes kemalangan jalan raya yang terdapat banyak jabatan dan agensi kerajaan diberi kuasa bagi menangani isu berkenaan.

Dalam kes kemalangan di air, katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis hanya menjalankan tugas menyelamat selepas menerima panggilan atau laporan.

Beliau mencadangkan keanggotaan NWSC terdiri daripada wakil-wakil dari agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarela, serta sektor swasta.

Lee berkata antara fungsi NWSC ialah menggalak serta meningkatkan kemahiran individu terutama pelajar berenang sebagai kemahiran hidup kritikal, di samping kemahiran menyelamat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ve_DCBjNuGI[/wpdevart_youtube]

Tags: Lee Lam Thye
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serah Senarai Kabinet Kepada SPRM, Polis Langkah Tepat

09/03/2020
0

SHAH ALAM - Inisiatif Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan senarai anggota Kabinet untuk tapisan Polis Diraja Malaysia (Polis)...

Segera Naikkan Gaji PDRM

11/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Cadangan dan pelaksanaan bagi menambah baik gaji, logistik dan keperluan anggota polis terutama yang berpangkat rendah perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd