Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Kementerian Pendidikan Digesa Tangani...

SEREMBAN - Kementerian Pendidikan digesa segera menangani masalah kekurangan guru di sekolah-sekolah kebangsaan,...

Bekas Teman Lelaki Hanez...

Akhirnya, kemelut rumah tangga membabitkan Romie Razin Adilha, 34 dan isterinya, Nur Liyana...

Lelaki Ditahan Pukul Penghantar...

GEORGETOWN - Penganggur berusia 31 tahun ditahan kerana disyaki memukul penghantar makanan dalam...

2 Beradik Cilik Jutawan...

LONDON - Dua adik-beradik cilik menjadi jutawan YouTube termuda Britain selepas menjana pendapatan...

Tipu Pelanggan Bisu & Pekak, Jurujual Didenda RM6,000

KUALA LUMPUR – Akibat menipu pelanggan yang bisu dan pekak dalam urusan jualan telefon bimbit, seorang jurujual didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Liew Wai Chung, 21, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda itu.

Liew, yang kini telah berhenti kerja, didakwa menipu Shamsol Esham Hashim, 41, pekerja hotel, dalam urusan jualan telefon bimbit buatan syarikat Korea sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM400 kepadanya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kedai Team Spirit Enterprise, Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini pada 3 petang 10 Dis lepas mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, semasa mangsa tiba di Kompleks Kota Raya, tertuduh telah menawarkannya telefon bimbit itu dengan harga RM399 menyebabkan mangsa bersetuju dengan tawaran itu dan memberikan wang tunai RM400 kepada tertuduh.


Selepas menandatangani resit pembelian, tertuduh meminta mangsa membuat tambahan pembayaran sebanyak RM450 lagi menyebabkan mangsa tidak berminat meneruskan pembelian kerana merasakan dirinya ditipu sebelum tertuduh menghalaunya tanpa memulangkan wang.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan kerugian mangsa.

Peguam Norman Mohd Nasir yang mewakili Liew memohon hukuman denda atas alasan anak guamnya masih muda, tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan insaf dengan perbuatannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori